Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan..."
Soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?
Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihan raya baru-baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan-rakan. Wang deposit pilihan raya sejumlah RM15,000 itu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.