Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bruno Martelotto (tengah) cuba melepaskan diri dari kepungan pemain Kelantan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang pada Jumaat.
SELAYANG: Pasukan tuan rumah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, Jumaat.
ATM menguasai permainan pada 12 minit pertama, dengan melakukan serangan seawal permainan apabila menyaksi lorongan Bruno Martelotto tepat ke kaki Fitrie Omar, namun cubaan itu tersasar.
Bagaimanapun, Kelantan yang turun beraksi sebagai juara bertahan, bangkit menyaingi corak permainan ATM dengan mengatur strategi lebih baik dan pada itu kapten pasukan, Badri Radzi berjaya menyudahkan bola muntah hasil cubaan Zairul Fitree pada minit ke-15.