12 rakyat Malaysia Disahkan selamat, Kini di Haifa

Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.

Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Gambar2 Bantahan Terhadap Regim Zionis Israel Di Serata Dunia -

1. Ramallah, Palestin

Protes di hadapan West Bank city di Ramallah



2. Paris, Perancis
Demontrasi berhampiran Champs Elysees, dekat dengan kedutaan Israel





3. Brussels, Belgium
Demontrasi di hadapan Bangunan Menteri luar Belgium, Brussels


4. Karachi, Pakistan
Protes besar-besaran di Karachi


5. London, Britain
Protest di hadapan jalan Downing Street














6. Tehran, Iran
Membakar bendera Israel di luar ibu pejabat PBB


7. Athens, Greece
Demontrasi di luar kedutaan Israel





8. Istanbul, Turki
Protes di luar kedutaan Israel





9. Di Belfast.


10. Norwich
Pelajar Universiti di Norwich bantah kekejaman Israel terhadap misi bantuan ke Gaza.


11. Di Norway.


12. Di Sweden.

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy


ROMBAKAN (sebenarnya pembetulan bagi saya) kabinet dilakukan Najib Razak lewat petang ini sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus kempunan untuk menjadi menteri bila menantu bekas PM itu tidak disenaraikan sebagai jemaah menteri.

Begitu juga gembar-gembur mengatakan orang bertanggunjawab meluluskan judi perlawanan bola sepak piala dunia Awang Adek Hussein kononnya akan dilantik menjadi menteri penuh, juga tidak kesampaian. Desas desus mengatakan Ahmad Shabery Chik akan digugurkan juga tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya apa yang berlaku Najib hanya membetulkan kabinetnya dengan menggugurkan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dengan memasukkan Kong Sho Ha untuk mengambil alih tenpat bekas presiden MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu dua bulan lalu.

Kedudukan Cho Ha sebagai diganti oleh Chor Chee Heung yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan yang cuba ditonjolkan sebagai orang bertanggungjawab dalam meluluskan judi bola sepak. Saya tidak fikir pertukaran Chee Heung itu kerana hukuman ke atasnya yang ditonjolkan sebagai insan bertanggungjawab meluluskan lesen judi itu.

Dalam pembetulan kabinet itu juga naib presiden kanan PPP, Senator Maglin Dennis D'Cruz dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunakasi dan Kebudayaan. Perlantikan Denis D Cruz ini dilihat sebagai persiapa sekiranya M Mugiah yang kini bermasalah di dalam PPP terlucut jawatannya sebagai Presiden yang kini berebut dengan M Kayveas.

Kemasukan Maglin itu sebagai mengganti Heng Seai Kie.

Calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor yang ditolak oleh Umno, G Palanivel pula dilantik sebnagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Perlantikan Palanivel ini dilihat sebagai pemenuhi janji - kompromi antara MIC dengan Umno semasa pertelingkahan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kesan dari 'perbalahan' Umno dengan MIC telah memberi keuntungan kepada MIC apabila selain dari mendapat kerusi Hulu Selangor MIC juga dapat satu lagi kerusi Timban Menteri.

Seorang wakil dari SUPP Richard Riot pula dilantik menjadi timbalan menteri luar negeri. Perlantikan Riot sebagai mengganti tenpat dikosongkan mendiang Robert Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Anak Presiden MCA, Chua Tee Young pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikan ini dilihat sebagai latihan untuk anak Chua Soi Lek itu belajar politik untuk bergerak lebih jauh.

Dua lagi Naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pembetulan kabinet hari dilihat sebagai memenuhi kehendakan parti komponen BN sahaja dan ia tidak melibatkan menteri-menteri Umno. Apakah tiada perubahan anggota menteri dan timbalan menteri melibatkan Umno itu menunjukkan prestasi mereka semuanya baik dan memuaskan.

Mungkin apa yang paling mengejutkan dalam pembetulan Kabinet ini apabila tidak disenaraikan Senator Boy sebagai anggota kabinet. Sebelum ini budak-budak senator boy telah menjaja ke seluruh negara hingga ke Bachok dan Gua Musang kononnya senator boy akan dilantik menjadi anggota kabinet.

Beliau kononnya akan di letak di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khas untuk menjaga kaum belia dalam negara ini . Kesimpulannya pemnbetulan kabinet dilakukan Najib hari ini benar-benar mengecewakan penyokong Khairy Jamaluddin dan senator boy (Ezam Mohammad Noor).

Kedudukan ini menepati apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa Najib tidak akan melakukan rombakan Kabinet melibatkan anggota menteri Umno kerana ekoran kedudukan parti itu kecil buat masa ini. Situasi ini menyebabkan Najib tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengekalkan menteri, timbalan menteri yang sedia ada. Beliau juga tidak akan menukar ganti menteri dan timbalan menteri Umno bagi mengelakkan timbul suasana tidak senang kepadanya. Sesungguhnya Najib sangat takut kepada kecelaruan.

[wm.kl. 6:30 pm 01/06/10]- MSO

Anwar Gagal Lawat Unit Kondominium Kedua

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi 'kejadian' di sebuah unit kondominium Desa Damansara .

Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.

“Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya.

Pada jam 3.50 petang, Karpal dilihat memasuki kamar hakim dengan diikuti dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi pembela yang terdiri daripada pakar Australia akan tiba pada jam 7 pagi, Khamis ini.

"Kami mahu pakar-pakar itu ke mari bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga Khamis ini.

Selepas 6 Bulan Sebagai PM Baru Rombakan Kabinet, Tee Keat Gugur...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden MCA dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk wee Jeck Seng digugurkan.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Ja

watan Tee Keat diambil oleh Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga adalah setiausaha agung MCA.

Naib presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru.

S

ementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.

Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.

Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA, Datuk seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.

Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.

P

erdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.

Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.

Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.

2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Lelaki Palestin Ditahan Depan Kedutaan AS

Seorang penunjuk perasaan warga Palestin, Moin Mohmed Habib melaungkan slogan

bantahan dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara sewaktu demonstrasi

membantah serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza

di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Palestin berusia linkungan 30-an ditahan apabila cuba mengelar dirinya di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, pagi tadi selepas menyertai perhimpunan membantah serangan Israel terhadap konvoi kapal misi kemanusiaan Gaza.

Lelaki terbabit kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk membantu siasatan.

Mari Kita Tunaikan Solat Hajat Di Seluruh Negara Malam Ini


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

"Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal "Mavi Marmara" yang terlibat dalam misi "Flotila Kebebasan" bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.

"Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini," katanya. - BERNAMA

Pelatih mati: Prosedur latihan Intan dipersoal

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) mempersoalkan prosedur tetap operasi (SOP) pihak Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sehingga menyebabkan kematian seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran institut berkenaan.

Beliau berkata, peserta-peserta seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan yang lengkap sebelum dilibatkan dalam sebarang aktiviti lasak.

"Program-program lasak seperti ini mesti ada prosedur tetap operasinya. Peserta-peserta mesti menjalani full executive screening sebelum dilibatkan," katanya kepada Harakahdaily.

Norhashimah Wahid, 31, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.35 pagi semalam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi setelah koma sejak Jumaat lepas.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Norhashimah, Lo' Lo' juga meminta pihak Intan lebih bertanggungajwab dalam menganjurkan program sedemikian bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Intan juga, ujarnya perlu menjelaskan secara jujur serta memaklumkan kepada orang ramai mengenai insiden berkenaan.

"Penganjur mesti bertanggungjawab dan menangani permasalahan ini dengan jujur. Orang ramai perlu dimaklumkan sebab musababnya dan latihan ala komando seperti ini harus ditangguhkan," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau turut menyarankan agar program peningkatan ketahanan fizikal dan mental dijalankan secara berfasa bertujuan menerapkan budaya bersukan dan kemahiran menyelamat serta meningkatkan minat kepada kerja-kerja sukarela.

"Kenapa tidak buat program meningkatkan ketahanan fizikal dan mental melalui program berfasa dan dengan tujuan menerapkan budaya bersukan dan kemahiran menyelamat atau survival serta meningkatkn minat kepada kerja-kerja sukarela. Apa tujuan latihan komando? Ia akan menjadi latihan one-off sahaja sebab saya tidak yakin ada program follow up. Modul-modul latihan seperti ini perlu disemak," katanya.

Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggalkan suami, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31, dan seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia, dua tahun.

Allahyarham sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Sebelum kejadian, Norhashimah yang bertugas di Kementerian Kewangan, Putrajaya, mengadu tidak sihat, tetapi beliau terpaksa mengikuti latihan tersebut.

Ibunya, Norlia Rashid, 61, bahawa berkata sejak Ahad lepas kesihatan Norhashimah tidak begitu baik tetapi dia tetap mahu pulang ke kem untuk menjalani latihan seperti biasa.

Abang iparnya Zakir Hussain, 41, sebagaimana disiarkan sebuah portal berita memberitahu bahawa beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Sementara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula menafikan laporan media bahawa latihan itu di bawah kendalian dan seliaan Pasukan Khas Udara TUDM.

"Latihan itu bukan di bawah kelolaan kami atau mana-mana unit di bawah naungan TUDM, sebaliknya ia dikelolakan sepenuhnya oleh agensi lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan TUDM," kata satu kenyataan TUDM.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.