Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga5 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.3 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.
"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.
"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.
"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.
"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.
"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.
"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.
"Tiada lagi perasaan sayang yang berbangkit," ujarnya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Seribu Kali Cinta.Melalui kehidupan solo semula, Aida kini lebih selesa dengan kehidupan barunya.
Baginya, ia merupakan satu rahmat yang diterima daripada Allah S.W.T untuk menjadikannya seorang wanita yang lebih tabah mengharungi kehidupan bersendirian.
"Kini hidup saya lebih positif. Walaupun penceraian itu nampak seperti buruk, ia ada kebaikannya. Kadang kala, penceraian bukanlah suatu perkara yang teruk. Saya percaya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
"Apapun, buat masa sekarang ini saya enggan berfikir tentang kahwin atau mencari teman hidup baru.
"Bagi saya, jika mempunyai seseorang untuk dijadikan suami, saya perlu menunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri lagi sekali. Kalau pengorbanan itu dihargai, tak apa juga," ujarnya yang sedang merancang membuka perniagaan sebagai pemborong tudung.
KAJANG: Pengacara popular AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini,39, terselamat daripada hukuman penjara 25 hari selepas dia menjelaskan tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.
Dia juga turut membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada bekas isteri, Shafnie Zainudin, 35.
AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian.
Mahkamah berehat seketika.
9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.
Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.
9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.
9.26am: Mahkamah bersambung.
9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.
9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.
Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba menghalang peguam menyoal Dr Razali.
Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.
Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.
9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.
10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.
10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.
Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.
10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.
Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.
Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.
10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.
Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.
10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.
11.06am: Karpal dan Yusof sekali lagi dilihat menuju ke kamar Hakim Zabidin bagi perbincangan di kamarnya.
11.22am: Perbicaraan bersambung semula. Karpal meneruskan soal-balas.
11.42am: Sankara Nair mengambil-alih daripada Karpal dan sedang memasang projektor LCD.
11.56am: Sankara Nair kemudian mengambil-alih daripada Karpal dan menyoal-balas Dr Razali.
12.02pm: Sankara bertanya kepada Dr Razali sama ada pelincir digunakan dalam tindakan meliwat yang didakwa oleh pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dr Razali berkata beliau difahamkan ada, tetapi mengakui tiada ujian dilakukan bagi menentukan pelincir digunakan.
KUALA LUMPUR: Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau 'takut' dengan ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.
Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.
"Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan," kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.
Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa 'takut' dengan ucapan Najib itu.
Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu.
Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: "Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.
"Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah," katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.
Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.
"Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab," katanya. - BERNAMA
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.