Seorang pelakon baru, Ffarrah Ismail bertindak membuat laporan polis semalam selepas mendakwa dicabul oleh seorang pengarah drama yang juga ahli persatuan seniman. Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira jam 8.30 malam Isnin.
Menurut Ffarrah, 22, dia terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi dirinya agar tidak terus diperlakukan seperti itu selain bimbang diancam selepas mula menerima ugutan. Kejadian berkenaan berlaku antara bulan Januari dan Februari lalu ketika Ffarrah Ismail terlibat dalam pembikinan sebuah drama arahan seorang pengarah berusia lingkungan 60 tahun.