KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi
rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik
Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic
Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh
rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin
meruncing.
Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:
1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;
2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;
3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.