KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis mendapati anggota tentera yang maut bersama dua lagi mangsa dalam letupan bom di Kedah pada 24 Disember lepas mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya dan dijual kepada peniaga bahan lusuh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, anggota tentera itu, Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun, menjual bahan logam itu untuk mencari pendapatan sampingan.