Majlis Syura Ulama (MSU) hari ini menerima usul dibawa dalam
muktamar PAS lalu bagi memutuskan bahawa tahaluf siyasi mereka dengan PKR
terbatal.
Perkara itu diumumkan setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.
"Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa dengan merujuk begitu
banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi, maka hubungun politik telah
terbatal," kata Nik Zawawi.