JAKARTA - Gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter di daerah Bener Meriah, yang menggegarkan Aceh pada petang Selasa, telah mengorbankan 22 nyawa, mencederakan 210 orang serta memusnahkan ribuan bangunan dan rumah penduduk.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyebut bahawa 12 orang maut di daerah Bener Meriah manakala 10 orang mati di Aceh Tengah.