P012 JERAI!! Selamat Menyambut Hari Pekerja.. Jom Bekerja Untuk Islam




SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA DAN SELAMAT CUTI-CUTI MALAYSIA
"Hari Pekerja disambut sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara. Ianya juga secara tak langsung memberi pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan."


#BekerjaUntuk Islam

TERKINI!! Senarai Lengkap 158 Calon Parlimen PAS Seluruh Malaysia




SENARAI LENGKAP 158 CALON PARLIMEN PAS
(BESERTA NAMA YANG DIGUNAKAN PADA KERTAS UNDI)


PERLIS: 3
P.001 – PADANG BESAR: MOKHTAR BIN SENIK
P.002 – KANGAR: MOHAMAD ZAHID BIN IBRAHIM
P.003 – ARAU: HASHIM BIN HJ JASIN (BARU)

KEDAH: 15
P.004 – LANGKAWI: ZUBIR BIN AHMAD (BARU)
P.005 – JERLUN: ABD. GHANI BIN AHMAD
P.006 – KUBANG PASU: NORHAFIZA BINTI FADZIL
P.007 – PADANG TERAP: MOHAMAD AZAM BIN ABD MAJID @ ABD AZIZ
P.008 – POKOK SENA: MUHAMAD RADHI BIN MAT DIN
P.009 – ALOR SETAR: MUHAMMAD AMINUR SHAFIQ BIN MOHAMAD ABDUH
P.010 – KUALA KEDAH: MUHAMAD RIDUAN BIN OTHMAN
P.011 – PENDANG: AWANG BIN HASHIM

P.012 – JERAI: SABRI BIN AZIT

P.013 – SIK: AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
P.014 – MERBOK: AHMAD FAUZI BIN RAMLI
P.015 – SUNGAI PETANI: SHARIR BIN LONG
P.016 – BALING: HASSAN BIN SAAD
P.017 – PADANG SERAI: MUHAMAD SOBRI BIN OSMAN
P.018 – KULIM-BANDAR BAHARU: ABDUL RAMAN BIN ABDUL RAZAK

Biar Gambar Berbicara: JERAI!!! Sebak dan Pilu Menyelubungi Hari Penamaan Calon Di Perkarangan Dewan Dato' Madi





Sebak dan pilu menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai. Calon PAS Ustaz Sabri Azit tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya, Hajah Aishah yang berusia 75 tahun di luar pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan sebaik sahaja ibunya yang agak uzur turut sama hadir walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh.


"Dia adalah anak yang baik dan mempunyai ramai anak-anak  murid dalam kawasan Jerai yang belajar dengannya. Mak Ndak berharap Allah swt beri kemenangan kepada PAS dan berharap dia berjaya!" kata ibunya.

Calon PAS Parlimen Jerai Pilihan Terbaik Untuk Masyarakat Jerai.. Moga Allah Berikan Kemenangan


Sabri memeluk ibunya meminta restu sebelum masuk ke dalam dewan penamaan calon

YAN - Meskipun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan calon BN bagi kerusi Parlimen Jerai iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Calon Pas kerusi berkenaan, Sabri Azit tidak gentar untuk bertanding pada PRU14 ini.

Sabri, 52, berkata, ini adalah amanah jemaah parti dan beliau perlu melaksanakannya dengan baik.

Katanya, dari segi kekeluargaan beliau dan Jamil Khir mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Saya sangat baik dengan Datuk Seri Jamil memandangkan kami adalah dua pupu,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.