KEPUTUSAN mengejut terhasil dalam analisis akhir manifesto parti-parti politik apabila buat pertama kali sejak BN ditubuhkan, kuasa negara dalam manifesto mereka jatuh di belakang Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hal ini terbukti apabila sebahagian komponen kuasa negara yang sebelum ini terpusat (Centralized) sejak era Almarhum Tun Razak kini telah dikendurkan (Liberalized). Namun Manifesto BN masih mengatasi Manifesto Pakatan Harapan (PH).
Analisis sebelum ini jelas telah membuktikan bahawa Manifesto PAS mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding Manifesto PH.
Empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau "From Wealth to Power" terbitan Princeton University Presskembali digunapakai bagi menilai kuasa negara dalam ketiga-tiga Manifesto BN, PAS, dan PH.