SEDIH DAN SAYU: Jenazah Almarhum Sultan Kedah Selamat Disemadikan di Makam Diraja Langgar




Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, petang Selasa.

Almarhum Sultan Abdul Halim , 89, mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 2.30 petang Isnin selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.


Jenazah Almarhum baginda disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit dari pukul 11 hingga 1.30 tengah hari bagi membolehkan rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir.

FUHHHH... Nasi Lemak FREE Setiap Pagi Jumaat



Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. Justeru itu, ramai yang mengambil peluang ini dengan bersedekah sambil beribadah pada hari Jumaat seperti apa yang dilakukan oleh Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah, Sabak Bernam yang bersedekah nasi lemak setiap hari Jumaat.

Isu MEMALI: MB Ku Turut Bersuara...



ALOR SETAR - Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali bukan bertujuan menganiaya sesiapa, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, RCI itu akan hanya ditubuhkan jika terdapat keperluan dan permintaan daripada mana-mana pihak termasuk waris mangsa.

"Orang boleh buat dakwaan macam-macam. Tapi isu ini, rakyat yang minta penjelasan...bukan kita yang saja-saja rancang untuk kenakan sesiapa.

TERBARU.. Dedah Audit 1MDB: Mahkamah Tinggi KEKALKAN Hukuman Penjara 18 Bulan Terhadap YB Rafizi




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan terhadap Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didapati bersalah mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR, terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan pada 14 Nov 2016.

Azman bagaimanapun melepaskan dan membebaskan Mohd Rafizi, 40, daripada sabitan dan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.