
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.