PANAS!!! Walaupun DAP Mendapat Lebih Kerusi Parlimen Namun DAP Tetap Sokong DS Anwar Sebagai Ketua Pembangkang.. Jom Terjah!!!



Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan terus memberikan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim terus kekal menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun DAP memiliki kelebihan kerusi Dewan Rakyat.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Tahniah!! Inilah Wajah Menteri Besar Kelantan Yang Baru.. Jasa Besar TG Nik Aziz Tetap Dikenang.. jom Terjah!!



KOTA BARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 6 petang sekali gus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu selama 22 tahun.
Ahmad, 63, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.
Nik Aziz, 82, memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan itu di mana kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.
Bagaimanapun difahamkan, Nik Aziz terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS.



Terkini!!! PAS Bakal Terajui Negeri Selangor, Siapa Bakal Dilantik Sebagai MB? Jom Terjah!!


SHAH ALAM: Setelah memenangi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang hampir bersamaan jumlahnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Ahad, gabungan parti-parti PAS, PKR dan DAP (PR) akan memutuskan calon yang sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Keputusan itu akan diketahui dalam masa seminggu apabila pucuk pimpinan PR mengadakan mesyuarat bagi memutuskan mengenai perkara itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PR akan menentukan calon Menteri Besar kerana ia telah berjaya mengekalkan kuasa di Selangor setelah memperoleh mandat dua pertiga majoriti bagi meneruskan pentadbiran di negeri itu.
Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PR Selangor berkata perlantikan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor pula akan diumumkan seminggu selepas Menteri Besar baru mengangkat sumpah.

Terkini!!! (Gambar) Datuk Mukhriz Tun Mahathir Sah Menteri Besar Kedah Yang Baru.. Tahniah..




ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 4 petang.
Mukhriz, 49, mengangkat sumpah hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.