Tun Dr Mahathir Perlu Bertaubat Keluarkan Kenyataan Yang Merosakkan Akidah Dirinya: Datuk Dr Haron Din... Jom Terjah!!!

Haron Din

 SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.

“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.

Terkini!! Inilah Jaringan-Jaringan Gol Kemenangan Kenari Bertemu Terengganu.. Jom Terjah!!


 KEDAH 2 - 1 TERENGGANU

Alhamdulillah! Peningkatan dari segi permainan walaupun perlu diperbaiki dari segi hantaran dan urgency dalam permainan. Fokus perlawanan akan datang kerana kini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata.


Tahniah Khyril! 2 gol cantik dari beliau mengukuhkan lagi reputasi beliau sebagai antara penyerang plorifik Malaysia. Teruskan rentak jaringan KM18!

Video: Insaniah, Universiti Ummah : Kenapa KUIN @ Insaniah sering menjadi fokus media perdana? Jom Terjah!!!



Sedih dan pilu terasa di hati ini , Kerajaan Pembangkang (UMNO KEDAH) hanya ingin memperburukkan dan memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah yang tercinta.. 

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Bersabar!!! Harga Kereta Akan Turun: Persatuan Automotif Malaysia Sokong Harga Kereta Diturunkan.. Jom Terjah!!!


Berbeza dengan pencacai-pencacai UMNO yang menentang kempen ini, biarpun ramai diantara mereka hanya mampu memiliki kereta secondhand yang dah buruk..  Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) turut menyokong cadangan ini..

“Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik,” kata veteran industri kereta ini..

Jadi.. buat yang diluar sana yang masih punya pemikiran yang waras, fikirkanlah pihak mana yang wajar diberikan sokongan..

UMNO/BN yang sudah 55 tahun membebankan rakyat Malaysia dengan cukai kereta yang tinggi ini iaitu 65 dan 105 peratus  atau PR yang sedang berusaha untuk menurunkan cukai sekaligus harga kereta ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.