Video: Kereta Ferrari Milik Jutawan Melanggar Teksi Sebabkan Kematian Pemandunya... Ngerinya, Jom Terjah!!


Video ni tengah trending di Singapura apabila sebuah kereta Ferrari 599GTO limited edition yang dipandu oleh rakyat kaya dari China bernama Ma Chi yang menetap di sana telah melanggar sebuah teksi walaupun jelas di situ, lampu isyarat sudah beberapa saat bertukar merah. Video ini secara tak langsung telah menaikkan sentimen anti-pendatang.

Dalam kejadian ini, Ma Chi telah meninggal dunia, begitu juga seorang pelancong dari Jepun, penumpang teksi tersebut. Impak pelanggaran itu juga telah mencederakan penunggang motosikal yang kebetulan dilanggar teksi yang dilanggar Ferrari tersebut. Pemandu teksi tersebut menghadapi pendarahan otak kritikal dan kini berada di hospital.

Panas!!! Hanya Seminggu Untuk S. Nallakaruppan Failkan Pernyataan Pembelaan Isu Saman Fitnah RM100 Juta Oleh DS Anwar Ibrahim



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh sehingga 22 Mei kepada Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S. Nallakaruppan untuk memfail pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera turut menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes.

Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysiabertarikh 20 Mac.

Kenyataan polis mungkin galak demo 'biadap' : Pak Samad


Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata kenyataan polis berhubung demonstrasi 10 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga mungkin menjadi galakan kepada Persatuan Veteran Tentera Melayu untuk mengadakan demonstrasi "biadap" pagi ini.

bersih kedah jom100 launching 060412 samad saidMalah, tidak mustahil sekiranya perhimpunan "senaman punggung" di hadapan kediaman Ambiga pagi ini akan turut diadakan di hadapan kediamannya selepas ini, katanya.
"Saya fikir timbalan IGP ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga. Barangkali ia agak menggalakkan (demonstrasi dibuat)," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Samad berkata: "Itu biasalah undang-undang ditafsir oleh orang yang berkuasa. Bukan ditafsir orang yang tak berkuasa."
Katanya lagi, PVTM mempunyai pilihan untuk mengadakan gimik lain tetapi tetap bertindak biadap dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Inilah Video Sorakan Untuk Memalukan PM Haji Najib Di Kota London Dalam Majlis Pertemuan PM Dengan Warga Malaysia.. Jom Terjah!!!


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

“Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti,” rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

“Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?” tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

“Anda boleh jumpa saya kemudian ok…bolehkah anda tolong hentikannya?” kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.

Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.Sumber Malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.