Al Fatihah: Apa Punca Sebenar Anggota Polis Tembak Rakan Sekerja Di Pos Pengawal Istana Anak Bukit?



 


 

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.


Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Gambar2 Pelancaran Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah


(LANCAR...Bersih 3.0 dilancarkan di Masjid Nabawi, Madinah hari ini)

MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.

Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.

Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.

(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.

Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.

Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.

Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.

Terkini!!! Timbalan Penegrusi SPR Mengaku Pernah Menjadi Ahli UMNO




PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan bahawa beliau tidak lagi menjadi ahli Umno sebaik sahaja dilantik sebagai setiausaha SPR pada April 1998.
Ini bermakna kata Wan Ahmad, beliau bukan lagi ahli Umno selepas dilantik sebagai timbalan pengerusi SPR pada Disember 2004.
Sehubungan dengan itu beliau menyifatkan tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar beliau untuk menafikan dirinya bukan ahli Umno ketika menerajui suruhanjaya itu sebagai serangan berunsur peribadi dan keterlaluan.
"Ia serangan peribadi. Beliau bercerita mengenai perkara 40 tahun lalu. Mungkin dia marah dengan tindakan saya yang menyangkal dakwaan dan fitnah Pakatan Rakyat terhadap SPR selama ini.
"Saya menceritakan perkara yang betul kerana ingin mempertahankan dasar dan prinsip SPR. Saya kena jawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat perlu tahu perkara sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang disiarkan oleh sebuah media tempatan pada Khamis berhubung keahliannya dalam Umno sebagaimana yang didedahkan oleh Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menambah, semua kakitangan awam faham akan tatacara perkhidmatan awam iaitu mereka tidak dibenarkan memegang jawatan aktif dalam organisasi politik sekiranya menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Tanpa berselindung, Wan Ahmad memberitahu memang beliau pernah menjadi ahli Umno ketika berusia awal 30-an.
"Terus-terang saya katakan saya pernah sertai Umno ketika zaman muda dulu. Tapi waktu itu, saya tidak tahu akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR. Itu rezeki saya," katanya.
Tambah beliau, setiap rakyat di negara ini mempunyai hak peribadi dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN), PAS, PKR atau DAP.
Bagaimanapun, beliau berkata, dari segi peraturan amnya, kakitangan kerajaan boleh menjadi ahli mana-mana parti politik tetapi tidak boleh memegang jawatan aktif dalam parti.
"Jika mereka didapati melanggar peraturan itu, mereka akan menerima surat tunjuk sebab daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," katanya.

Inilah Gambar Bakal Isteri Ustaz Don Yang Popular Di TV Hijrah... Jom terjah!!!



Sumber: Majlis Pertunangan Ustaz Don

Sebelum bercakap panjang lebar lagi, jom kita layan dulu sedikit Biodata Ustaz Don..sedikit sahaja sebab saya dah buat artikel berasingan untuk biodata beliau..Lepas tu kita layan cerita Ustaz Don Bertunang pula.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)

Dalam diam tak de angin  takde rebut.. rupa-rupanya Ustaz Don dah bertunang..Gambar bertarikh 6 Mac 2011 ini merupakan salah satu gambar pada majlis pertunangan Ustaz Don..Namun kesahihan majlis tersebut tidak dapat dipastikan kerana kekurangan maklumat dan fakta serta sumber..Hanya gambar ini yang dapat diambil untuk tatapan pembaca semua.. Haaaa kepada semua peminat Ustaz Don melepas la korang kan..tu diaaaaGambar Tunang Ustaz Don! Tahniah kepada Ustaz Don!



Ini Bukan Tunangnya| Bergambar bersama peminat nie....(sumber pakcik google)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.