[Gambar] Bas UiTM Hangus Terbakar Dalam Perjalanan, 4 Kakitangan UiTM Cawangan Segamat Selamat...


Bas UITM musnah sama sekali dalam kebakaran dekat Hentian Seeblah kampung Bemban, semalam
JASIN - Empat kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat terselamat selepas bas dinaiki mereka terbakar dekat Hentian Sebelah Kampung Bemban, di KM184 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu disedari pemandu bas universiti, Shamsuri Sentol, 46, yang terbau hangit dari arah belakang.

Menurutnya, dia bersama tiga rakannya dalam perjalanan dari Simpang Ampat, Alor Gajah ke UiTM Segamat dan terbau hangit kira-kira dua kilometer sebelum memasuki kawasan hentian sebelah Kampung Bemban.

“Saya kemudiannya memberhentikan bas. Selepas diperiksa, ada asap pada tayar di belakang bas dan cuba memadamkannya menggunakan air.

“Namun api mula keluar dan berlaku letupan kecil sebelum marak menyebabkan saya terus menghubungi bomba,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Rozali Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.13 petang dan tiba di lokasi 13 minit kemudian.

“Bagaimanapun dalam perjalanan, kami meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Bukit Katil untuk ke lokasi berikutan lokasi kami lebih jauh.

"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 100 peratus dan api dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.

Sumber : Sinar Harian

Panas!!! Inilah Gambar2 Artis Jelita, Neelofa Intim Berpelukan...



Gadis genit ini mula mendapat perhatian ke mana-mana sahaja beliau pergi, dari shopping komplek, taman permainan, padang rekreasi, set pengambaran hinggalah ke bilik tidur!


Neelofa kelihatan begitu manja berpelukan dengan abang-abang beruangnya. Apa boleh buat, perempuan dengan teddy bear memang tak dapat dipisahkan, lainlah kalau dah menikah, benda lain la pulak nak dipeluknya!



Lepas jadi juara untuk Dewi Remaja 2010, 
nama Neelofa mula dikenali sekaligus status beliau mula diburu oleh ramai jejaka.
Neelofa mengakui hatinya sudah dimiliki dan ramai percaya jejaka yang berjaya bertakhta dihati gadis ini adalah jejaka Vitagen tersebut, Nabil.


Jangan Marah... Gurauan semata2...

Kerajaan Negeri Kedah Tunggu Keputusan Mahkamah Isu Tanah Wakaf


ALOR SETAR – Kerja pembangunan akan dilaksanakan jika keputusan mahkamah memihak kepada Kerajaan Negeri, namun jika sebaliknya, ia akan mengemukakan rayuan mengikut prosedur perundangan.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Mahkamah Tinggi Alor Setar dijangka membuat keputusan itu pada 25 April ini.

“Kita tunggu keputusan mahkamah, kalau mahkamah kata boleh, kita teruskan (merobohkan bangunan madrasah), duit pun sudah ambil (daripada pemaju),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, kawasan tanah wakaf di Jalan Tambang Badak yang menempatkan bangunan Madrasah Salihiah, tidak akan diusik oleh Kerajaan Negeri jika mahkamah memutuskannya tidak boleh dirobohkan.

“Kalau mahkamah kata tidak boleh buat, nak buat macam mana, kena buat rayuan dan kita akan ikut proses biasa. Mereka (ahli jawatankuasa madrasah) juga boleh rayu (jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka),” ujarnya.

Terdahulu, ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah, Jamluddin Murad (plaintif), memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi Alor Setar bagi menghalang madrasah berkenaan dirobohkan.

Bagaimanapun, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah melalui Peguam Persekutuan Negeri Kedah, Rafiah Yusof (mewakili defendan kedua dan ketiga iaitu Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Negeri), memfailkan saman dan afidavit sokongan bagi membatalkan writ saman dan penyertaan tuntutan yang difailkan plaintif.

-Kedah Lanie

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Akan Mula Tugas Pengerusi MAINPP.. Tahniah Ustaz Salleh Man



Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh watikah pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang dikeluarkan pada 10 Februari.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata watikah pelantikan itu telah memberi perkenan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua MAINPP bagaimanapun kerajaan negeri telah membuat permohonan agar tempat itu diisi oleh Salleh.

"Kerajaan negeri memang mencalonkan Abdul Malik untuk jawatan itu kerana nama Salleh tidak terpilih untuk tempoh 2010 hingga 2011 dan diganti dengan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria," katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di Georgetown hari ini.

Bagaimanapun Mansor berkata pemilihan Salleh untuk kali kedua adalah disebabkan janji oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sekiranya memenang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 2009.

Sementara itu Abdul Malik, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata bahawa beliau tidak ragu-ragu melepaskan jawatan itu kepada Salleh kerana ia adalah keputusan kerajaan negeri.

Kekosongan jawatan Yang Dipertua MAINPP berlaku setelah Elias yang merupakan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis 2011.

Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.