Gempar!!! (Gambar2) Pejabat PM Haji Najib DiPutra Jaya Diserbu Lagi : Apa Sebenarnya Nie???



Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONEPerhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".

NONEBagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

NONE"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH.

Gempar Giler!!! Kos Belanja Lawatan PM Dan TPM dalam Tempoh 12 Minggu RM608 Juta Lebih... Perabih Duit Rakyat Untuk Kempen Parti Dia?




Kerajaan telah membelanjakan RM608.68 juta sepanjang tempoh 12 minggu untuk kos lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah dibelanjakan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan kos lawatan ke Perak merupakan yang tertinggi sebanyak RM220.38 juta.

MP PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, pada 27 Mac, telah meminta Jabatan Perdana Menteri untuk menyenaraikan semua peruntukan yang diluluskan serta-merta untuk lawatan rasmi perdana menteri negeri-negeri tersebut.

Inilah Ucapan DS Anwar Malam Tadi.... Kalau Macam Nie Habislah Kerajaan PR Selangor Pada PRU 13 Nanti


Ceramah Anwar Ibrahim malam tadi di Bangi di hadiri ribuan orang. ini menunjukkan momentum Pakatan Rakyat makin kuat untuk menghadapi PRU 13 yang bakal tiba.

Najib Pi Selangor Lagi Ghamai Ni.....




Lihat Bawah ni pulak......



10 Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah SWT... Jom Terjah!!!



Jom kita lihat 10 sebab solat ditolak..


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah: 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat). 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya. 

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak. 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya. 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat. 

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. 

                         Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."





 p/s : jom sama2 ambil iktibar..moga solat kita dterima Allah dann diredhai Nya..=)



Sumber|http://permataagama.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.