Hasan Ali Belanja RM300 Ribu Ubah Suai Pejabat Dan Perbelanjaan Yang Terlampau: Dakwa ADUN PKR

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali (gambar) didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwamembelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. -mk

Ulasan GB

Akhirnya kudis parasit Hassan Ali itu pun bernanah.

Berlagak bersih, dan akan lebih banyak pekung yang bakal terdedah nanti.

Silap haribulan masuk "dalam" senasib Khir Toyo. 
 

Anak Menteri Nie Buat Hal Lagi.. 2 Laporan Polis Dibuat Didakwa Serang Penyelia Keselamatan


Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. ( MK )



Puan Noorliza Mat Isa, Isteri ‘Imam Hoslan Baling Selipar’ Fail Semakan Semula Hukuman


Menurut Karpal, hukuman setahun penjara yang dikenakan ke atas imam itu adalah melangkaui bidang kuasa Mahkamah Persekutuan. — Gambar fail
PUTRAJAYA, 23 Mac — Isteri kepada Hoslan Husin, imam yang telah dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah ekoran membaling hakim menggunakan selipar hari ini membuat rayuan kepada mahkamah agar melakukan semakan semula ke atas hukuman suaminya itu.
Noorliza Mat Isa membuat permohonan tersebut di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di sini dengan ditemani peguamnya, Karpal Singh.
Menurut Karpal, hukuman setahun penjara yang dikenakan ke atas suaminya adalah melangkaui bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, dan hakim tidak menyatakan dengan jelas akta yang digunakan untuk menghukum Hoslan.
"Hukuman setahun penjara ke atas Hoslan adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan kerana berdasarkan Seksyen 228 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
"Terdapat peruntukan yang menyatakan maksimum enam bulan penjara kerana menghina mahkamah," kata Karpal.
"Di bawah Seksyen 228, setiap gangguan terhadap proses perundangan terhadap pegawai kerajaan boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan dan denda RM2,000.
Tambah Karpal, walaupun mahkamah tidak menyatakan di bawah undang-undang mana Hoslan di hukum, "tidak akan ada akta lain selain 228."
"Sekarang kita lihat dia dijatuhkan huuman setahun, itu menunjukkan mahkamah bertindak melebihi kuasanya," jelas Karpal lagi.
Tambahnya lagi, turut tidak dinyatakan secara terperinci butiran dari mana hukuman "penjara setahun" itu dikenakan.
"Hukuman tersebut turut tidak menyatakan mahkamah menggunakan akta mana, dan ada kekurangan di situ," tambahnya.
Dalam permohonannya itu, Karpal juga menuntut hukuman ke atas Hoslan dikurangkan dengan sekurang-kurangnya dikenakan hukuman denda dan dia dibebaskan.
"Tiada undang-undang lain untuk menjatuhkan hukuman," kata Karpal.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Al-Rahimah di Kampung Pandan sebelum ini telah melemparkan selipar ke arah hakim ketika perbicaraan kerana tidak berpuas hati hakim hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk menggugurkan kesnya.
Disebabkan insiden tersebut, dia dijatuhkan hukuman setahun penjara kerana dikatakan telah menghina mahkamah atas tindakannya itu.
Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang dan menurut isterinya, Hoslan turut mengajar Fardhu Ain kepada banduan di penjara berkenaan.

PENTING!!!! Rahsia Komputer - Setiap Komputer Anda Perlukan Software2 Ini Untuk Kerja-Kerja Seharian...

Setiap software semua adalah versi percuma dan tak perlu keluarkan duit sesen pun. Dan ia adalah terbaik yang pernah aku pakai dan guna sekarang. Laptop aku jadi mantop dan smooth je..
1. Software Free Antivirus yang terbaik sepanjang zaman:
Note: Jangan install ketiga-tiga antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.
2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows – Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE
Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini di http://www.filehippo.com/download_ccleaner
3. 7zip - Open Source software yang unzip fail-fail yang mempunyai kapasiti yang besar dan boleh mengecilkan fail-fail kepada saiz yang dikehendaki. Ia menyokong fail-fail yang berformat 7z, ZIP, GZIP, BZIP2, TAR, ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR dan Z. Download disini http://www.7-zip.org/download.html
4. Mozilla FirefoxGoogle Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri:
5. PDF Creator - Satu lagi software dari open source yang aku selalu guna untuk create pdf. Download disini http://sourceforge.net/projects/pdfcreator
6. CPE17 Antiautorun Killer - Software yang remove virus dari external HD danpendriveMade In Thailand punyer..Tapi jangan risau..ia ada dua bahasa iaituThailand dan English. Anda perlu copy ke drive C dan klik 2 kali..Ia akan tertera di Tray windows komputer/laptop anda. Download disini CPE17 Antiautorun Killer
7. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.
8. Adobe Flash Non IE dan Adobe Flash IE - Setiap komputer/laptop memerlukan software ini untuk melihat animasi dalam sesuatu website. Anda boleh download software disini: http://www.filehippo.com/download_flashplayer
9. Adobe Shockwave - Membenarkan anda melihat kandungan web interaktif sepertigames, business presentations, entertainment dan advertisements dari web browser anda. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_shockwave
10. Java Runtime Environment - Download sini http://www.filehippo.com/download_jre_32
11. Teracopy - Untuk melajukan proses copy dan paste sesuatu fail. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_teracopy
12. Unlocker - Jika anda mempunyai masalah tidak boleh delete fail contohnya Access Is Denied, software ini akan membantu anda untuk delete fail tersebut. Malah ia boleh melajukan sistem windows anda. Download http://www.filehippo.com/download_unlockerYaaaa..itulah 12 software percuma yang perlu anda install dalam komputer/laptop anda. Tiada bayaran dan ia adalah percuma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.