Jahat Sangat!!! Inilah Wajah Lelaki Yang Merogol Tanpa Belas Kasihan Pelajar MRSM Balik Pulau Awal Bulan Ini

GEORGETOWN - Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah dengan tiga pertuduhan yang dihadapinya dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, satu pertuduhan dituduh di Mahkamah Sesyen Georgetown manakala dua pertuduhan lagi dituduh di Mahkamah Majistret.

Dalam pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen, M Retnam, 32, dituduh merogol seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau pada 1 Mac lalu kira-kira jam antara 2.30 hingga 3.30 petang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kawasan hutan berdekatan MRSM berkenaan di Pondok Upeh, Balik Pulau.

Pertuduhan dibacakan juru bahasa dalam bahasa Tamil di ha dapan hakim, Sitarun Nisa Abdullah dan tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Berikutan kesalahan yang di hadapkan terhadap tertuduh dikate gorikan sebagai kesalahan serius sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa serta masa depan mangsa, Penolong Pendakwa Raya, Sariza Ismail menawarkan wang jaminan sebanyak RM20,000.

Dalam rayuannya, Retnam yang tidak diwakili peguam meminta wang jaminan dikurangkan beriku­tan menanggung dua anaknya serta isterinya yang sedang sakit buah pinggang dan tidak bekerja.

Sitarun kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 16 Julai depan untuk laporan perubatan dan DNA.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Retnam menghadapi dua pertuduhan iaitu kesalahan menyamar sebagai anggota polis serta memiliki senjata berbahaya.

Untuk pertuduhan pertama, dia dituduh menyamar sebagai anggota polis dengan menunjukkan sekeping kad dan meminta pasport dari seorang warganegara Indonesia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Mac lalu pada jam 10.30 malam di dalam lif di Mutiara Apartment, Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi.

Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh memiliki sebilah pisau yang berukuran 27 sentimeter (cm) tanpa kebenaran yang sah di tempat dan hari yang sama pada jam 10.40 malam.

Untuk pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, Retnam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar menawarkan wang jaminan seba nyak RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua per tuduhan namun tertuduh meminta ia dikurangkan dengan alasan yang sama.

Majistret, Noor Aini Yusof kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan kes itu pada 17 April depan bagi tertuduh melantik peguam serta penyerahan dokumen.

Mimpi Ngeri!!! Inilah Wajah Gadis Cantik Lepuh Terbakar Selepas Mengambil Ubat Paracetamol...


Eva Uhlin

Suatu masa lalu, Eva Uhlin, 19, dari Sweden mengalami penyakit pelik iaitu alahan pada parasetamol yang menyebabkan kulit Eva terbakar dan terkupas teruk dan keadaan ini boleh membawa maut.Mengikut rekod, ia terjadi satu dalam sejuta dan 41 peratus dari pesakit tidak dapat bertahan namun, Eva yang bekerja sebagai seorang pelayan kini sembuh sepenuhnya dan mendapat kembali kejelitaannya beberapa tahun yang lalu.


Mimpi ngeri beliau bermula ketika berusia 15 tahun apabila dia tiba-tiba jatuh sakit semasa bercuti dan diberikan parasetamol untuk melegakan demamnya.Namun keesokan harinya ketika bangun Eva mendapati lepuh terbakar di wajah dan sebahagian besar tubuhnya lantas dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit kes terbakar. 48 jam pertama berada di hospital, Eva dirawat oleh 15 doktor.

Dalam beberapa tahun, dia kehilangan kebanyakan kulit wajahnya, bahagian dada, lengan, belakang dan perut.Bulu mata, kuku tangan, kuku kaki dan sebahagian daripada rambutnya turut terjejas.Kini, Eva sudah sembuh tetapi kulitnya sangat sensitif dengan cahaya matahari!
 

Keputusan SPM Hari Ini... 559 calon SPM 2011 peroleh semua A+

Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
  
Tahniah Kepada Yang Berjaya....

Anugerah Sastera Negara yang ke-11 Menjadi Milik Kemala. Anugerah Disampaikan Oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah malam tadi berkenan menyampaikan Anugerah Sastera Negara yang ke-11 kepada penyair Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya Kemala.

Kemala, 71, dipilih sebagai Sasterawan Negara kerana telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran dan Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara ke-11 dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Awang Sariyan turut hadir.

Ahmad Kamal Abdullah @ Kemala, Sasterawan Negara kePada majlis malam ini, Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara berupa wang tunai berjumlah RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Muhyiddin pada 3 Mei tahun lalu semasa mengumumkan pemilihan Kemala sebagai penerima anugerah tersebut berkata Kemala telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

"Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara," katanya.

Karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

Kemala yang dilahirkan di Gombak, Selangor juga pernah menerima Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada niversiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.