Terkini!!! Inilah Wajah Bakal Isteri Datuk Malek Noor, Jaguh Bina Badan Negara Yang Akan Dinikahkan Hari Ini.. Selamat Pengantin Baru Datuk & Dr...

Kami difahamkan yang bekas Juara Bina Badan Heavyweight Asia, Datuk Malek Noor akan bernikah dengan seorang pakar kanak-kanak yang juga ibu kepada lima anak hari ini. Menurut Malek, tarikh ini dipilih kerana ia adalah tarikh yang sama dia mengerjakan umrah dan memohon untuk dipertemukan jodoh tahun lepas. 

Dua gambar ini ialah gambar Dr. Wan Asma Wan Ismail yang berusia 52 tahun.



Mereka akan bernikah di penthouse milik Wan Asma di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), manakala majlis resepsi akan berlangsung esok. 

Kepada Datuk Malek dan isteri, tahniah diucapkan dan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat!

Pendedahan!!! Wahai Anak2 Gadis Islam Ketahuilah Bahawa Hukum Rebonding Adalah HARAM...





Soalan :

Ustazah, apakah hukum melakukan proses rebonding rambut?

Jawapan :
Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094).  Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya.  Rebonding juga termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri.  

Rebonding
 adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut si pemiliknya agar rambut jatuh lebih lurus dan lebih indah.  Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:

Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut.  Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi.  Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut.

Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut.  Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida.  Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita.  Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu. 

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut  bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus.

Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut.  Namun rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk rambut yang asli.  Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal.  Inilah fakta (manath) rebonding.

Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu.  Hukum rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) yang telah diharamkan oleh nash-nash syara’.  Dalil keharamannya adalah keumuman firman Allah yang bermaksud:  “Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya”.   [TMQ an-Nisaa` (4): 119]. 

Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.

Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar), atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah).  [Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat al-Tajmiliyyah, halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah), kerana rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain.  Dengan demikian, hukum  rebonding adalah haram.

Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas.  Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda:  “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, serta wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan, mereka telah mengubah ciptaan Allah.”  [HR Bukhari].

Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening, dan merenggangkan gigi.  Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah).   [Walid bin Rasyid Sa’idan, Al-Ifadah al-Syar’iyyah fi Ba’dh al-Masa`il al-Thibbiyyah, halaman 62]. 

Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat, untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah.

Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas, iaitu mengharamkan segala perbuatan yang memenuhi dua unsurillat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan untuk tujuan kecantikan. 

Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat pada sesuatu itu dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.”  [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].

Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan.  Muawiyah berkata:"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."  [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]

Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan.

Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. 

Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat, menggunakan gel dan mendandan rambut.  Malahan ini perkara yang disunatkan. 

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." [Hr Abu Daud - hasan sahih] 

Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun(berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan syarat tidak boleh dipamerkan kepada yang bukan mahram.  Wallahu a’lam.

-SUMBER Disini

Sekitar Pameran Motor Geneva Yang Berlangsung Mulai 8 Mac Lalu Hingga 18 Mac 2012... Jom Sapa2 Nak Pi Tengok Kereta Mewah Dunia....

Pameran Motor Geneva ini mempamerkan model-model automotif terkini. Pameran ini sudah mula berlangsung pada 8 Mac 2012 lalu hingga 18 Mac 2012
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Kontroversi Letak Jawatan: Pemimipin UMNO Aggap Tindakan DS Shahrizat Letak Jawatan Sebagai 'Drama Hindustan"

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

NONESyed Ali (kanan) berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

NONE"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

bung moktar radin"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.