Inilah Wajah Cucu Perempuan Terbaru Chef Wan Yang Selamat Dilahirkan..... Tahniah


Gambar yang diupload oleh Serina di Facebook
Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
“Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
“Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat,” ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Asrama Lelaki SMA Al Nahdzah Bukit Besar Terbakar Ketika Tengahari Tadi... Punca Kebakaran Masih Disiasat...




YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.

Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

Polis Disyaki Terbabit Lindungi Samseng UMNO Dalam Serangan Majlis Anjuran ABU

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut. -mk

Samseng Umno Terbabit Serang Ceramah ABU-Hindraf

KUALA LUMPUR, 24 JAN : Kumpulan Aktivis ABU (Asal Bukan Umno) dan Hindraf hari ini tampil membuat laporan polis berhubung serangan ganas terhadap orang ramai pada satu ceramah di Jalan Kebun baru-baru ini.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata serangan tersebut dipercayai didalangi oleh Umno selain mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dalam serangan tersebut.

Badrul menambah, pihaknya akan menyerahkan salinan gambar, CD rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis berhubung campur tangan dan kerja jahat penyokong Umno dalam kejadian tersebut.

"Serangan tersebut secara jelas dilihat oleh pagawai polis tidak berpakaian serangam dan apabila polis berpakaian seragam datang, pihak kita menunjukkan orang-orang yang terlibat menyerang, malanganya langsung tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

"Malah dalam laporan ini, kita menamakan beberapa pimpinan Umno tempatan termasuk diperingkat bahagian yang dikenal pasti oleh penduduk tempatan hadir pada malam tersebut,"katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.

Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.



Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Badrul menambah, sekiranya benar ianya didalangi Umno, maka parti itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan bersifat perkauman itu.

Sementara itu, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan berkata pihak polis tidak memainkan peranan ketika serangan tersebut berlaku sekaligus memperlihatkan peranan pihak berkuasa itu seolah-olah seperti bersekongkol dengan penjenayah.

"Polis tidak memainkan peranan sedangkan mereka ada dikawasan kejadian, Sekirannya polis tahu kebarangkalian akan berlakunya kekacauan, polis seharusnya menggembeling seluruh kekuatan polis yang ada disitu untuk menghindar serangan.

"Serangan ini terlalu jelas dan kita berpendapat bahawa pihak polis bersengkongkol dengan pihak yang menyerang, lebih memalangkan lagi polis berjaya datang selepas kejadian serangan,"katanya kepada pemberita.


Dalam perkembangan yang sama, Koordinator Kebangsaan Hindraf, W.Sambulinggam menzahirkan rasa kesal diatas provokasi dan serangan keras disetiap kali gerakan itu melakukan aktiviti.

Lebih memalangkan lagi, Sambulinggam berkata bukan sahaja pihaknya menerima provokasi malah mereka juga akan dituduh sebagai punca berlakunya kekacauan.

"Perkara ini telah membuka mata rakyat untuk melihat siapa sebenarnya punca kekacauan disetiap kali penganjuran program secara aman.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Hindraf sememangnya kenal akan kaum Melayu dan mereka yang beragama Islam, kami tidak bermusuh dengan mereka, sebaliknya kami hanya tidak bersetuju dengan sebuah parti politik yang digelar sebagai 'UMNO',"jelas Sambulinggam. -tvsnews

Benarkah Akhbar Australia Siarkan Fitnah Terhadap Hajjah Rosmah Mansor Yang Dikatakan Membelanjakan A$100 Ribu Di Sebuah Butik Terkenal???

SYDNEY: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus mendapat perhatian dan liputan dari akhbar antarabangsa akibat sikap dan tabiatnya yang gemar berbelanja besar.
Dalam seksyen ‘Private Sydney’ yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.
“Rosmah Mansor suka diperkenalkan sebagai Wanita Pertama Malaysia, tetapi untuk pereka fesyen Carl Kapp, beliau adalah First Lady Of Shopping,” lapor kolumnis akhbar itu.
“Dia benar-benar pemurah dan sangat mudah untuk berurusan dengannya,” Kapp dipetik berkata kepada Private Sydney.
Kapp, menurut kolumnis itu turut bersetuju bahawa Rosmah gemar menampilkan gaya hidup mewah seperti yang seringdigambarkan di media.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya pada bulan depan.
“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” kata Kapp kepada media berkenaan.
Kolumnis itu melaporkan bahawa “pelanggan terbesar” Kapp itu juga membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu “percutian peribadi” di sana “sekitar dua minggu lalu”.
Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib juga menginap di penthouse dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalaman di Hotel Darling di Sidney, beberapa bulan lalu.
Ia bukan kali pertama media antarabangsa mengupas gaya hidup Rosmah yang sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian berharga RM24 juta dari syarikat Jacob n Co- sebuah syarikat berlian yang terkemuka di London.
Beliau juga dikatakan mempunyai berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.
Malah, Rosmah gemar menghabiskan banyak wang untuk melancong termasuk membayar hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.
Selain itu juga, Rosmah- yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia- juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
-keadilandaily
Petikan dari Sydney Morning Herald, Australia
ROSMAH MANSOR likes to be introduced as the First Lady of Malaysia, but for Sydney fashion designer Carl Kapp, she is his first lady of shopping
The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp’s biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago.
”She was absolutely gracious and very easy to deal with,” Kapp told PS this week, agreeing she was nothing like the woman often portrayed in Malaysian media for her allegedly extravagant lifestyle.
In recent months, Mansor, who stayed with her husband in the $20,000-a-night penthouse at The Darling hotel, has been forced to deny reports she had bought a $US24 million diamond and a $US200,000-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag. Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her.
What her critics in Malaysia will make of her Sydney shopping spree, first reported on local fashion blog Frockwriter, is yet to be determined.
Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limo, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of ”toiles” for Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.
All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had ”a very good eye for colour and she likes a lot of prints”.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.