Dato' Dr Hasan Ali Akhirnya Dilucutkan Jawatan EXCO Selangor Oleh DYMM Sultan

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".

Panas!! Harta Dan Aset Peribadi KM Pulau Pinang Dan Exco Kerajaan Negeri Makin Meningkat... Inilah Bukti Terbaru.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.

Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta jutaan ringgit.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

NONE"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

NONESelain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Agak-agaknya beranikah pimpinan Kerajaan-kerajaan negeri BN mengisytiharkan harta masing-masing.

Kenapa DS Shahrizat Mohon Cuti Dari PM Haji Najib Hanya Untuk 3 Minggu Sahaja? Ada Isu Lain Sebenarnya...

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memohon cuti rehat selama tiga minggu kepada perdana menteri supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan penglibatan dirinya dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Wanita Umno berkenaan hari ini, Shahrizat(gambar) membuat permohonan untuk bercuti rehat sebagai menteri bermula 13 Januari ini.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah memohon bercuti rehat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selama tiga minggu bermula 13 Januari 2012 daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan dua perenggan tersebut turut menyatakan Shahrizat berharap SPRM dapat menjalankan siasatan sama ada dirinya terlibat atau tidak dalam skandal NFC seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif,” tambahnya.
PKR berterusan mendedahkan bukti-bukti dan pendedahan penyelewengan terhadap NFC, dan yang terbaru,  mereka mendakwa terdapatnya cubaan merasuah pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) daripada seorang individu dalam NFC dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, mendedahkan emel salah seorang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM,  yang menyatakan terdapatnya cubaan merasuah polis oleh individu berkenaan dengan menggunakan khidmat orang tengah.
Rafizi turut mendakwa terdapatnya cubaan untuk mengambil alih syarikat National Meat and Livestock Corporation (NLFC) oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam satu Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) dengan mengeluarkan notis singkat untuk membuat keputusan.
Polis sebelum ini mengesahkan kertas siasatan NFC sudah 80 peratus siap sebelum diserahkan kepada Peguam Negara.
Selain itu, Datuk Shamsubahrain Ismail telah dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
Skandal NFC mula tercetus apabila Laporan Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kecelaruan dalam projek ternakan lembu yang menelan kos RM250 juta itu.
PKR kemudiannya mengemukakan bukti-bukti penyelewengan termasuk pembelian dua unit kondominium di Bangsar, pembelian kereta Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dua lot tanah di  Precinct 10, Putrajaya dengan nilai RM3,363,507.
PKR turut mendakwa sejumlah RM10 juta telah dipindahkan ke Singapura untuk pembelian kondominium mewah untuk keluarganya.
Shahrizat cuba mengalih perhatian terhadapnya dengan menyatakan dakwaan dia hanya isteri kepada Pengerusi NFC, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap skandal tersebut.
Shahrizat bukan sahaja menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang, malah turut menerima desakan daripada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panas!! Video & Gambar2 : Adengan Suap Menyuap Antara Khairul Fahmi Che Mat @ Apek Dengan Kekasihnya Sempena "Surprise Birthday Party"

Video Kejutan hari lahir untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang ke-23. Romantik sungguh Apek dan Dahlia menyuapkan kek ke mulut masing-masing. Surprise Birthday Party ini telah diadakan oleh Dahlia dan rakan-rakan rapat Apek.  Selamat Hari Lahir Apek......

Romantiknya Dahlia & Apek 


Dahlia & Apek di Surprise Birthday Party 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.