Keputusan Pembebasan DS Anwar Menjadi Tajuk Utama Akhbar Antarabangsa... Apa Hebatnya DS Anwar Nie Yang Amat Dibenci Dato' Dr Hassan Ali??



Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

NONEBadan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

NONEHarian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.

Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.

Kedudukan Exco Agama Negeri Selangor Bakal Terjawab Setelah MB Bertemu DYMM Sultan Rabu Nanti...

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa perkenan terlebih dahulu daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali yang telah dipecat oleh PAS.

khalid ibrahim pc 171111Ditemui wartawan hari ini selepas menghadiri kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid berkata beliau akan menghadap dengan sultan pada mesyuarat tetapnya setiap Rabu dan  kedudukan Hasan akan dibincangkan.

Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan perkara itu dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka.

Katanya, jika veteran PAS adalah “gentleman” atau bersifat budiman, maka beliau harus meletakkan jawatan kerana telah hilang keyakinan dan sokongan daripada partinya sendiri.

 "Hasan Ali sebagai exco yang mewakili PAS perlu membuat keputusan sendiri sama ada atau tidak dia mempunyai sokongan dan kepercayaan dari PAS.”

Hasan ali pcHasan dilantik sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam selama ini menikmati sokongan daripada sultan berhubung perjuangannya dalam dakwaan umat Islam di negara ini cuba dimutadkan oleh kumpulan Kristian.

Pemecatan dan penyingkiran Hasan dari barisan exco kerajaan negeri mungkin mengheret kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah dengan sultan Selangor.

Sementara itu, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.

"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

NONEKatanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.

"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka) ," katanya.

Katanya, dalam kerajaan campuran seperti Pakatan Rakyat, keputusan jawatan exco yang diperuntukkan ditentukan oleh parti masing-masing.

"Jadi, Hasan Ali boleh dipecat oleh MB Khalid berikutan keputusan PAS untuk menyingkirkan keahliannya.”

Video Terkini!!! Sidang Media Penuh DS Anwar Selepas Dibebaskan... Jom Lihat Sama2..







Agak sukar bagi DSAI untuk berjalan keluar dari perkarangan mahkamah kerana beliau dikerumuni penyokong-penyokong yang mahu bersalaman dengannya.

Selepas keluar daripada mahkamah, DSAI berucap di tempat parkir motosikal kompleks mahkamah. Saifuddin Nasution Ismail membuka majlis sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, serta pimpinan KEADILAN, pimpinan Pas yang datang dengan penuh kekuatan.

Anwar turut menegaskan bahawa tugas yang lebih penting selepas ini ialah membebaskan rakyat.

"Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar.

"Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir.

Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur

Datuk Dr Hasan Ali Sertai PERKASA Dan Bakal Dinobatkan Sebagai Presiden?


KUALA LUMPUR - Perkasa sedia menerima dan menawarkan jawatan kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat dari Pas berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.

"Sekiranya Datuk Hasan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu laporan Bernama juga menyebut Perkasa menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar hari ini bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok.

Ibrahim berkata, solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang dan Perkasa akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai esok.

"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang," katanya

Ibrahim turt mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan itu kerana ia akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara.

"Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.