JIKA Polis Benar, Saya MINTA MAAF. Bagaimanapun..



Setelah meneliti semua laporan berkaitan isu demonstrasi di hadapan UPSI pada awal tahun baru 2012, termasuklah rakaman
video yang dimuat naik di Youtube, saya mendapati ada beberapa laporan awal yang bercanggah. Ini termasuklah laporan awal saya sebelum ini di sini yang dipetik dari twitter SMM. Ketika laporan awal dikeluarkan, sumber video masih belum dikeluarkan di dalam Youtube.

Fakta kejadian bagaimanapun masih lagi samar-samar. Kecederaan yang dialami mahasiswa itu pasti, namun punca kejadian ada di dalam pelbagai versi. Namun yang pasti pihak polis tidak terus menyerbu, tetapi telah memberi peluang kepada pelajar untuk berucap. Jika benar mahasiswa bertindak liar sehingga memanjat pagar UPSI, ini amat dikesalkan.


Bagaimanapun, saya mengambil pendirian seperti bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin


‎..JIKA pihak polis di pihak yang benar, saya memohon maaf atas post semalam..walaupun bagaimana pun keadilan hendaklah diberikan secara rata..jika ada yg dibenarkan demo sebelum ini, demo lain yg aman juga wajar dibenarkan..kita mungkin tidak menyokong tuntutan mereka, tapi kita kena akur hak umum rakyat..PR dan BN kena elakkan pergunakan pelajar..


kredit: pulakdah 

Rakaman Video Demontsrasi Mahasiswa di UPSI Tersebar Di Youtube... Jom Terjah!!

 
Skrinshot video yang telah dimuat-masuk ke laman web YouTube 1 Januari 2012.








KUALA LUMPUR, 2 Jan — Satu rakaman video demontsrasi yang melibatkan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam tidak menunjukkan polis melakukan serangan fizikal terhadap mereka. Bagaimanapun rakaman video yang dimuatnaik di Youtube semalam menunjukkan  keadaan kelam-kabut apabila polis mahu menghuraikan demonstrasi  dan seorang mahasiswa berdarah di kepala dan seorang lagi mengalami kecederaan.


Aktivis mahasiswa dah ahli politik pembangkang mendakwa beberapa mahasiswa  yang terlibat dalam demonstrasi menuntut kebebasan akademik dipukul dan ditahan berikutan ingkar dengan arahan bersurai oleh polis.

Polis bagaimanapun menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu yang mengadakan demonstrasi aman di UPSI.


Sejak insiden itu, pelbagai tuduhan tentang penyalahgunaan kuasa dilemparkan terhadap polis di media-media sosial di mana mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi itu menulis komen di laman sosial masing-masing untuk mengutuk tindakan yang disifatkan mereka keganasan pihak berkuasa.


Dalam rakaman video berdurasi 8.27 minit, yang dimuatnaik portal berita Antara Pos menunjukkan aktivis mahasis berhimpun di luar pintu masuk UPSI selain mendesak agar dibenarkan masuk.


Kumpulan mahasiswa itu melaungkan “Bebas bebas” dan “kami semua Adam Adli”.


Adam Adli, 21, menjadi perhatian dan dikritik kerana bertindak menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.


“Kami telah menguasai UPSI hari ini dan kami membuktikan mahasiswa boleh menuntut kebebasan akademik,” katanya sebelum polis tiba untuk menghuraikan demonstrasi itu.


Seorang anggota polis memberi kumpulan mahasiswa itu selama 15 minit untuk bersurai namun ramai di kalangan mereka enggan dan membantah arahan tersebut.


Kebanyakan daripada mereka dilihat menolak anggota polis selepas masa yang diberikan tamat dan cuba menghalang polis untuk mengambil tindakan.


Keadaan kelam-kabut berlaku selepas itu, dengan imej kabur menunjukkan pintu kaca sebuah klinik berdekatan universiti itu pecah dan dua mahasiswa mengalami kecederaan semasa cuba melarikan diri.


Tiada rakaman menunjukkan anggota polis melakukan serangan fizikal ke atas mahasiswa selain daripada tangkapan.


“Kami bukan musuh anda, adakah anda dengar? Kami akan di sini untuk membantu,” kata seorang anggota polis, yang dilihat menggari seorang mahasiswa.

PKR dan DAP mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, dianggarkan seramai 60 orang semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam.


Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas mengambil tindakan kasar terhadap mahasiswa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.


Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.


Muhammad Safwan, Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) berada di Hospital Slim River dengan tulang pipi patah,” kata PKR dalam kenyataannya.


Parti itu mendakwa Muhammad Safwan telah dipukul oleh lapan anggota polis dan anggota Unit Cawangan Khas.


Polis Tanjung Malim mengesahkan mereka telah menahan 17 aktivis mahasiswa dalam kejadian itu tetapi enggan memberikan butiran lanjut kerana masih dalam siasatan.

LIVE Dari Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar - Majlis Lantunan Mahabbah



Ustaz Menjawab Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi


Soalan 


Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.