Gambar2 Mesra Majlis Pengumuman Khas Pernikahan Yusry KRU Dengan Lisa Surihani... Inilah Tarikh Majlis Akad Nikah Dan Resepsi Mereka!!!

Seperti yang telah kami maklumkan semalam, hari ini berlangsungnya satu majlis pengumuman khas yang dianjurkan oleh Yusry KRU serta Lisa Surihani. Majlis yang turut dihadiri oleh ibubapa Yusry dan Lisa itu membuatkan ramai pihak menafsirkan ianya berkait dengan perkahwinan mereka.
 
Dan nyata sangkaan itu tepat. Untuk kisah terperinci pengumuman berkenaan, teruskan scroll mouse korang ke bawah.

Majlis Pengumuman Khas
Lisa menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung pagi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bertujuan untuk mengembar-gemburkan kisah mereka sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.

Rombongan Meminang
– Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda pada malam semalam. Majlis sidang media pengumuman khas ini memang bertujuan untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Tarikh Perkahwinan
– Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan resepsi perkahwinan pula akan diadakan pada 26 Februari 2012.

- Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan akan di adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Awal Perkenalan
- Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.
- Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat) sebaliknya Yusry bersikap gentleman dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.

Hak Penyiaran Majlis Perkahwinan
– Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang di khabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.

Tajaan
– Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran. Mereka mahukan sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi tampak elegan.

Lisa Surihani Di Mata Yusry
- Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau membuatkan beliau menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

- Lisa juga akan terus berada di dalam industri lakonan yang dicintainya selepas perkahwinan kerana telah dipersetujui oleh Yusry.

- Ibu Yusry, Puan Zarina Fenner begitu menyenangi sikap Lisa yang mesra dengan semua ahli keluarganya dan gembira untuk menerima Lisa sebagai menantunya.

Jadi bersedialah untuk meraikan satu lagi perkahwinan yang kami jamin antara yang meriah sebagai pembuka tahun baru 2012!



Kredit gambar: MIG Online

Dr Hassan Ali Akui Keterlanjuran Dan Kesilapan Mengkritik Pendekatan Negara Berkebajikan.. Mengapa Lama Sangat Ambil Masa Mohon Maaf???


KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Terkini!! Al Fatihah - Tan Sri Hamid Osman Kembali ke Rahmatullah Petang Tadi


KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.


Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Biodata Ringkas 
Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman



Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954. Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.
Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam.
Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D.

Kerjaya:
  • Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang
  • Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)
  • Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977)
  • Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984)
  • Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Penasihat Agama kepada Perdana Menteri
Penglibatan Politik :
  • Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
  • Pengerusi Koperasi Muslimin
  • Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad
  • Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca, serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri



Video: Amat Jahil!!! Inilah Pengakuan Ibu Yang Berkahwin Dengan Anak Sendiri.. Jawapan Si Ibu - "Yang Penting Saya Tidak Berzina Sama Orang, Sama Anak Sendiri"



Jika kita lazim mendengar di dada akhbar dan laporan berita tentang kes haruan makan anak, kali ini isu yang lebih menggemparkan seantero dunia. Ibu kahwin dengan anak!! Jijik sekali kita mendengar berita ini. Apabila ditanya kenapakah, ini jawapan si ibu, "yang penting saya nggak berzina sama org, sama anak sendiri". Jahil!! Tak terlintas di akal dan fitrah manusia bagaimana seorang ibu sanggup menikahi anak yang dikandungnya sendiri. Nauzubillah. Ternyata gejala maksiat dan jahiliyyah makin parah di dunia sekarang. Berhati-hatilah wahai teman sekalian.Tonton video anak beranak ini.

Dunia semakin celaru. Pegangan agama semakin haru biru. Pemahaman agama semakin lesu. Berwaspadalah dengan wabak jahiliyyah moden yang semakin meruncing. Kerana nafsu dan jahil, dunia dipenuhi, akhirat diabaikan. Ayuh, bersama kita sebarkan dakwah dan mantapkan keimanan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.