Video : Kemenangan Bergaya Malaysia (4) – (1) Ke Atas Cambodia bolasepak sukan SEA 2011

Pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, barisan Harimau Muda tampak mudah menguasai tempo permainan dengan menguasai setiap penjuru padang.Seawal minit kelima, pemain tengah, Muhd. Nazmi Faiz Mansor telah menguji benteng Kemboja, mujur percubaannya ditepis penjaga gol, Sou Yaty.




su 03.1 VIDEO MALAYSIA LAWAN KEMBOJA BOLASEPAK SUKAN SEA 2011


Berselang dua minit kemudian, giliran penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan pula menguji gawang Kemboja, namun percubaannya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol lawan.


Bagaimanapun, Izzaq kembali menebus kesilapannya itu apabila menanduk masuk gol pembukaan Harimau Muda seminit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang pemain sayap, Yong Kuong Yong.


Dengan penguasaan di bahagian tengah yang diterajui kapten Baddrol Bakhtiar, Kemboja jelas sekali sukar menembusi kawasan penalti Harimau Muda sehingga Khairul Fahmi Che Mat tidak perlu bekerja keras menjaga gawang.




Pada minit ke-36, Baddrol berjaya merobek gawang Kemboja apabila rembatannya dari jarak 25 meter gagal ditangkap kemas Sou Yaty.Baddrol menambah koleksi jaringannya pada temasya Sukan SEA 2011 apabila meledak gol ketiga Harimau Muda menerusi sepakan penalti pada minit ke-40.



Sepakan penalti tersebut berpunca selepas Izzaq dijatuhkan pemain pertahanan Kemboja, Sok Rithy dalam kotak penalti.Berbeza dengan skrip pada babak pertama, benteng Harimau Muda yang diterajui Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas terpaksa bekerja keras bagi mengekang asakan Kemboja di babak kedua.


Kemboja dilihat lebih garang dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Harimau Muda sehingga menyebabkan Khairul Fahmi ‘tidak senang duduk’.




Gawang Harimau Muda akhirnya bocor juga apabila Khairul Fahmi gagal menyelamatkan rembatan kencang Chhin Chhoeun pada minit ke-59.Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria melengkapkan gol keempat Harimau Muda pada penghujung babak kedua.

Gempar!! Beratus-ratus Pesakit Dipindahkan... Bangunan Hospital Sultanah Nur Zahirah Terbakar

 

Kuala Terengganu — Pesakit dan kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, gempar apabila bangunan hospital yang masih dalam pembinaan terbakar berikutan berlakunya asap tebal.

Akibat kejadian itu beratus-ratus pesakit yang berada dalam wad di bangunan bersebelahan terpaksa dipindahkan ke tingkat bawah hospital berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Turut dipindahkan ibu dan bayi yang baru dilahirkan, pesakit lain serta orang ramai yang menjaga pesakit turut keluar dari bangunan wad hospital itu.

Jurutera Kanan Kawalan Kualiti Projek, Yassin Sidek berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi apabila dua pekerja menyalakan obor kerana keadaan gelap bagi melakukan kerja-kerja penyambungan paip di blok utama wad bersalin yang dalam proses pembinaan itu.

Bagaimanapun ketika sampai di pintu masuk bangunan wad itu, api tersebut terus menyambar gam PVC yang berada berhampiran pintu tersebut
.

"Dalam beberapa saat sahaja bangunan itu mengeluarkan asap tebal dan hampir separuh saluran pendingin hawa bangunan tersebut terbakar,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, semasa kejadian kira-kira 237 pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan hospital baru itu setinggi enam tingkat, yang mula dibina September 2008 dan dijangka siap pada April tahun depan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Azmi Salleh berkata, kejadian itu menyebabkan empat peratus bahagian tingkat bawah bangunan tersebut rosak.

Katanya punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan percaya asap itu berpunca daripada cecair penyejat yang dikenali PU Foam yang menyejat air dalam pendingin hawa menyebabkan ia mengeluarkan asap tebal. — Bernama Foto: tokobakso
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.