Panas !!! Bergambar - Ketua Bahagian UMNO Pegang Betis Wanita Hidung Mancung

Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun.

Zulaikha Batrieya Mohd Zafian, 9, ditemui mati hangus setelah rumah keluarganya terbakar awal pagi tadi di Kampung Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas di sini, hari ini./Bernama

Inilah Wajah Pemandu Bas Yang Dihukum Penjara Dan Denda Kerana Memandu Melulu Menyebabkan Kematian 10 Penumpang

IPOH 7 Sept – Seorang pemandu bas ekspres hari ini dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang, dua tahun lepas.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah turut memutuskan supaya lesen memandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 39, dari Yan, Kedah digantung selama tiga tahun.

Pemandu bas ekspres dua tingkat Sani Express itu dituduh memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu pada kira-kira pukul 1 pagi di Km 272.7, Lebuh Raya Utara-Selatan pada 26 Disember 2009.

"Keputusan mahkamah ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain supaya lebih berhati-hati di jalan raya terutama ketika memandu bas bertingkat,” kata Mohamed Ruhizat.

Beliau berkata, pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan mahkamah tiada pilihan selain mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

– Bernama

Prof Khoo Kay Kim Dipertikai

PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera seorang pengganas tanpa sebarang kajian berkaitan.

"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus diberikan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

"Ini keputusan British. Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap sendiri pun dia ludah orang British," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.