Benarkah Shamsul Anak Datuk Yusof Haslam Sudah Mula "Menderhaka" Kepada Keluarga?

Yusof Haslam

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.

Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.

Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.

"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.

Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.

Gempar!! Ada Gambar... Siapa 2 EXCO Kerajaan Negeri Kedah Ke Pusat Hiburan (Pusat Maksiat) di Alor Setar?

images/stories/OGOS2011/dscn6874.jpg images/stories/OGOS2011/dscn6880.jpg

Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya benar mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.

Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.

Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.

Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.

images/stories/OGOS2011/dscn6877.jpg images/stories/OGOS2011/dscn6899.jpg


Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim. Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.

Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.

images/stories/OGOS2011/dscn6879.jpg images/stories/OGOS2011/dscn6891.jpg

Lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.

Dato' Phahrolrazi memeriksa hamper setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.

Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan siapa pula Muslim yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari IPK. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.

images/stories/OGOS2011/dscn6889.jpg images/stories/OGOS2011/dscn6896.jpg


Dari karaoke kami bergerak ke lounge di Jalan Putra. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.

Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?

Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, hancur Melayu!

Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh lemukakan lesen dan terdapat yang tiada. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka. Umumnya ia boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.

Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.

Kerajaan negeri memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan jenerasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.


Felcra Bakal Disaman Besar-Basaran Lepas Aidil Fitri - Kepincangan Bayaran Kepada Peneroka...


KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ PAS akan menggerakkan saman besar-besaran terhadap Felcra selepas sambutan Aidilfitri berhubung kepincangan dalam agensi itu terutama melibatkan bayaran dividen yang dibuat melalui koperasi.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat Mazlan Aliman (gambar)

Jelas beliau, terdapat satu kes di Perak di mana peneroka berjaya mendapat perisytiharan mahkamah bahawa bayaran pendapatan melalui koperasi dibuat tanpa mendedahkan jumlah hasil yang diterima.
berkata, kepincangan dan penyelewengan membabitkan pengurusan Felcra lebih teruk daripada Felda.


“Saman besar-besaran ini akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan ia adalah rentetan daripada siri saman sebelum ini yang kita telah buat ke atas Felda dan dalam isu Felcra kita lihat salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Felcra jauh lebih buruk dariapda kepincangan yang berlaku dalam Felda.

“Di Felcra pendapatan peneroka dibayar dengan dividen melalui koperasi, dalam setahun peneroka akan dapat pembayaran sebanyak empat kali dan apa yang jadi isu adalah kiraan (pembayaran) itu tidak dibuat ikut jumlah tan... masalahnya peserta tidak tahu apa jumlah tan mereka dapat kerana pendapatan mereka dibayar secara langsung tanpa didedahkan jumlah tan sebenar,” katanya pada sidang media di sini.

Video Panas!!! Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti

BAHAGIAN PERTAMA




BAHAGIAN KEDUA




BAHAGIAN KETIGA




BAHAGIAN KEEMPAT




BAHAGIAN KELIMA




BAHAGIAN KEENAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.