Video Hot!! Selamat Kembali Bertugas MB Kesayangan Rakyat Kedah.. Moga Allah Terus Memberi Kesihatan Yang Baik...



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata beliau diminta oleh doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur supaya berehat sehingga benar-benar pulih.


Azizan berkata, beliau turut diberi cuti sakit (MC) sehingga 29 Ogos ini.
Ketika ini beliau masih di bawah pengawasan serta dibenarkan menyambung rawatan di sini.
"Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih dua minggu saya dirawat. Keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.

"Bagaimanapun saya akan datang juga ke pejabat untuk kerja-kerja ringan. Saya akan hadir mana-mana majlis penting.

"Bagaimanapun secara fizikal saya akan jarang hadir sebab dinasihatkan berehat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Pada 29 Julai lalu, Azizan yang juga menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN selepas mengadu sakit jantung.
Beliau berkata, beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada saluran di jantungnya yang tersumbat dan beliau tidak perlu menjalani pembedahan.

"Bloked tak ada. Perjalanan darah elok, doktor tak suruh buat rawatan susulan tetapi suruh berehat," katanya.

Azizan juga melahirkan rasa gembira kerana ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terutama dari Kedah yang datang melawat beliau semasa berada di IJN.

- BERNAMA

PAS Ada Bukti UMNO Campurtangan Dalam Serbuan JAIS Ke Atas Gereja...

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.
“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.
Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.

Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

Bertudung!! Selebriti Jelita Rozita Che Wan Berubah Setelah 5 Kali Tunaikan Umrah, Doakan Cepat dapat Jodoh Dengan Lelaki Bujang....

Rozita Che Wan Hanya Mahu Kahwin Lelaki Bujang

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, akui hanya akan mempertimbangkan lelaki bujang sahaja untuk menjadi bakal suaminya di masa akan datang.

Malah Rozita Che Wan yakin lelaki bujang adalah calon yang terbaik yang boleh menjaga dan menjamin masa depannya sebagai ibu tunggal kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12.

"Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya.

"Yelah, bayangkan kalau saya kahwin dengan lelaki duda yang juga ada anak, silap-silap anak saya juga terabai daripada mendapat kasih sayang. Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saya juga. Kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin.

"Lagi satu saya rasa akan bertambah masalahnya jika saya berkahwin dengan duda atau suami orang. Nak tak nak mesti mereka masih terlibat dengan bekas isteri dan isteri masing-masing. Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.

"Apa yang penting, saya mahu suami yang saya kahwini nanti, saya akan sayangkanya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas," jelasnya kepada murai.com.my

Apabila ditanya bilakah dia akan menamatkan status sebagai ibu tunggal yang dipegangnya selama 9 tahun itu, Rozita Che Wan memberitahu kalau boleh dia mahu menamatkannya dengan secepat yang mungkin.

"Saya pun dah lama hidup sendiri tanpa teman istimewa. Nak berumah tangga itu memang ada tetapi saya belum ada teman istimewa yang serius setakat ini.

"Kalau dah ada, kalau boleh tahun ini juga saya mahu berkahwin. Lagipun sayu jugak rasa hati saya bila lihat adik-beradik saya semua sudah berkahwin dan tingga saya seorang saja yang tanpa suami. Apa-apa pun saya hanya berserah kepada jodoh," luahnya lagi.

Baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah buat kali yang kelima di Tanah Suci Mekah, Rozita memberitahu, antara doanya di sana adalah supaya dipercepatkan jodohnya dengan lelaki yang baik dan boleh membimbingnya dunia dan akhirat.

"Alhamdulilah, ini bukan kali pertama saya menunaikan umrah ketika bulan Puasa. Nikmatnya ke umrah kali ini berbeza apabila saya ditemani dengan hampir semua adik beradik dan ibu bapa saya.

"Hati saya sangat gembira dan tenang selama mengerjakan ibadah di sana. Saya tak lupa untuk berdoa supaya dipercepatkan jodoh yang baik untuk saya," tambahnya yang cukup manis bertudung di majlis sidang media program raya Astro yang berlangsung di Saloma Bistro, malam semalam.

Rozita yang sedang menjalani pengambaran drama Biarlah Rahsia selepas ini hanya akan bercuti raya selama beberapa hari sebelum meneruskan penggambaran drama bersiri Kiah Perkasam Musim 2 pada raya ke-4.

AMAT Bahaya... Inilah Senarai Kopi Perangsang Seks Dan Bahan Pelangsing Yang Boleh Menyebabkan Kematian...


Kementerian Kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.
Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram ini dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Yang berikut ialah senarai kopi yang didakwa beracun. Kopi ini dikatakan telah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan :
  • Cafe Abang Yes,
  • Candi Gold,
  • Candy 193,
  • Extend Up Energy Drink,
  • Extremen,
  • Extrewomen,
  • Goji Guarana,
  • Goji Guarana Extra,
  • Goji More,
  • Goji Yumberry,
  • Guara Cafe,
  • HBW Ice Lemon Tea,
  • Hotton Vitality Candy,
  • Ie2 O,
  • King Cappucino,
  • Knight Cofee.
  • Kolek Cafe Power Plus,
  • Kopi Angguk,
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA,
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
  • Kopi Pahlawan,
  • Kopi Super Angguk,
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
  • Maca Max,
  • Macagin Ginseng Candy,
  • Mentalk Candy,
  • Nexus MXP,
  • Night Cafe,
  • Red Energizer Candy For Men,
  • Royal Beverage Maqrifatun,
  • Sasanergy Drink,
  • Trica Jus,
  • Tri-Max,
  • True SR,
  • vigor Candy,
  • Vitca-F,
  • Vitca-M,
  • Winnie Beauty V1,
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.