Gambar!!! Renungan Mata Lisa Surihani Kepada Yusri Menusuk Kalbu, Adakalanya Dia Membetulkan Rambut Yusry

Kemesraan Yusry & Lisa Surihani memang bukan dibuat-buat. Kebetulan, kami hadir di sebuah acara yang melibatkan kanak-kanak Down Syndrome. Ketika itu, Lisa Surihani sedang menunaikan tugasnya sebagai hos majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Al-kisahnya, meja kami hanya bersebelahan dengan meja yang diduduki oleh ibu kepada Lisa Surihani & Yusry. Yusry, kami lihat amat peramah melayan ibu kepada Lisa Surihani berbual-bual. Kemungkinan bercerita soal jodoh, kot?

Lisa Surihani pula, dilihat dia sering merenung tajam Yusry. Malah, adakalanya dia membetulkan rambut Yusry, wah romantik gitu!

Apa pun, diharapkan hubungan Yusry & Lisa Surihani sentiasa okay

Kredit gambar, Farhan Che Hassan.

PM Najib Silap Baca Mood Anak Muda, Himpunan Sejuta Belia Hanya Dapat Kumpul 8 Ribu Sahaja - Ceramah DS Anwar Kat Temerloh Lebih 10 Ribu Hadir....

Foto

TEMERLOH: Fitnah berterusan yang dilemparkan Umno Barisan Nasional terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berjaya menyemarakkan lagi sokongan rakyat jelata kepada beliau.

Buktinya semalam di Temerloh, lebih 10,000 hadir mendengar ceramah Anwar di majlis Himpunan Kebangkita Warga Felda Pahang bertempat di Markas Besar Pas Pahang, Kerdau.

Kawasan di sekitar markas seolah-olah berpesta untuk semalaman di Temerloh apabila seorang lagi penceramah superstar dari Pas, Mohammad Sabu turut serta memeriahkan pentas berceramah kepada warga Felda.

Memulakan ceramahnya, Anwar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tersilap membaca mood anak muda apabila menganggap anak muda yang hadir pada program Perhimpunan Sejuta Belia hadir kerana ingin mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

“Silap Najib itu. Yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar.

Menurut Anwar lagi, Najib juga gagal memahami idealisme anak muda kerana menjadikan fitnah sebagai asas untuk terus berkuasa di Malaysia.


“Fitnah itu tidak boleh dijadikan asas kepada perjuangan,” kata Anwar.

Anwar seterusnya menyeru hadirin agar melihat perjuangan Pendita Zaaba sebagai contoh perjuangan sebenar membela nasib rakyat, dan bukannya perjuangan Umno yang sarat dengan rasuah dan fitnah sekarang ini.

“Tahu tak pejuang Melayu sebenarnya siapa? Tengok Tun Sri Lanang. Tengok Zaaba diangkat menjadi pendita.

“Beliau berbicara (tentang Melayu) sewaktu berumur 21 tahun. Umur 29 ke 30 tahun sudah mula menulis tentang masalah kemiskinan Melayu, miskin harta benda, miskin ilmu pengetahun dan dangkal ilmu agama. Miskin akal budi dan akhlak. Kalah sebelum melangkah berjuang.

“Jadi kata Zaaba kalau Melayu mahu pertahan maruah dan berjiwa besar, mahu kembalikan zaman kehebatan dulu, Melayu mesti bangkit dan jangan miskin ilmunya, akal budi dan akhlaknya.

“Mesti kaya ilmu, kaya akhlak, baru boleh buat perubahan.

“Bukan kaya maki hamun, kaya ugut orang, kaya fitnah seperti ditaja pimpinan Umno sekarang ini,” kata Anwar.

Pada majlis yang sama, Pas turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.


Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Di akhir majlis, Anwar turut diberikan penghormatan bersama Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan
penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.

Video: Inilah Babak Kesilapan Wardina Semasa Mengendalikan Live MHI Di TV3 Bersama Ally.. Kenapa Ini Terjadi??

Siapa ada tengok MHI (Malaysia Hari ini) di TV3? pasti ada yang tengok terutama surirumah. Ada satu babak paling melucukan dalam MHI yang dilakukan atas kesilapan pengacaranya ketika itu, Wardina. Kalau tak silap ada lebih kurang 20 minit lagi MHI akan berakhir, namun Wardina macamana ntah boleh tersasul mengatakan salam perpisahan kepada penonton MHI ketika itu. Nasib si Ally ingat yang masih ada lagi waktu untuk MHI.

Terbongkar Sudah... Memang Ada VVIP Yang Mengiringi Razak Baginda Dan Altantunya Dalam Kapal Terbang Berkaitan Pembelian 3 Kapal Selam Perancis

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.