Hati2 Semasa Menghantar Email Kepada Isteri - Angkara Tersalah Hantar Email, Janda Baru Kematian Suami Pengsan


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.

Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Terkini!!! Pelakon Seksi Jasmin Hamid Cedera Tersimbah Air Panas - Habis Pahanya Melecur.. Inilah Gambar2 Kecederaan..

Jasmin Hamid

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.


Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin (gambar dibuang - hampa nak tengok pi ke sini).

Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.

"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu

tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

Mufti Perak Disambung Kontrak Hingga Umur 75 Tahun (Hingga Tahun 2014)

IPOH 16 Mei – Kontrak perkhidmatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disambung tiga tahun lagi atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Harussani, yang dilantik sebagai Mufti Perak pada 1985, berkata, kontrak beliau yang tamat pada 8 April lepas telah disambung untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 9 April dengan perkenan Sultan Perak.

"Pelantikan jawatan mufti di Perak adalah atas budi bicara Sultan Perak bukan kerana permohonan... saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan kerana umur saya sudah 72 tahun dan saya tak tahu apakah mungkin mampu lagi saya terus berkhidmat pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana diberikan penghormatan untuk terus memegang jawatan penting itu oleh Sultan Perak.

– Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.