Kemaskini!! Lintas Langsung Pengundian PRN Sarawak Kali Ke-10: Rakyat Sarawak Keluar Awal

Pengundi keluar awal di sek keb tuanku bagus, sebuyau. Gambar Ehsan YB Nasir Mustafa

Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

***************************************************************************

Tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu sudah tamat, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.

Pertandingan kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil bahagian.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.

azlanParti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

Gagal Hadir Perbicaraan - Norman & Memey Dikenakan Waran Tangkap Kes Khalwat

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.

“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.

Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

Terbaru - Zizan Raja Lawak Kemalangan - Cermin Kereta Pecah

Zizan Raja Lawak

PETALING JAYA: Pelakon komedi dan pengacara Zizan (Raja Lawak) terlibat dengan kemalangan kira-kira pada pukul 3 petang Jumaat.

Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan muncul pada pertandingan Maharaja Lawak malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurusnya, Marina Juki.

Kata Marina, insiden yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur itu hanya melibatkan kemalangan kecil dan tidak mencederakan pelawak itu.

“Tiada apa yang serius. Hanya kemalangan kecil dan kami tidak apa-apa. Cuma cermin kereta Zizan saja yang pecah.

“Bagaimanapun, dia akan tetap meneruskan saingan dalam Maharaja Lawak malam ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pertandingan yang melibatkan barisan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima itu, Zizan bergandingan dengan Johan dengan menggunakan nama Jozan.

Persaingan Maharaja Lawak untuk minggu ketiga yang berlangsung malam ini akan menyaksikan penyingkiran tiga peserta.

Dua peserta dengan undian terendah daripada minggu lepas akan disingkirkan sebelum pertandingan manakala peserta yang mendapat undian terendah malam ini akan disingkirkan di akhir rancangan.

Bermula minggu ini, Maharaja Lawak akan bersiaran di Astro Warna (saluran 132).

ADUN PAS Drs Khalil Idham Lim (PAS-Titi Serong) Digantung Hadiri Sidang DUN Akan Datang

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan usul untuk menggantung Drs Khalil Idham Lim (PAS-Titi Serong) daripada menghadiri satu sesi persidangan DUN akan datang.

Khalil Idham dikenakan tindakan itu selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 2 Dis lepas atas dakwaan tidak bercakap benar dan enggan bertanggungjawab atas perkara yang diperkatakan pada persidangan itu kerana menuduh terdapat anggota DUN membawa bomoh ketika Dewan bersidang pada 7 Mei 2010.

Penggantungan itu dibuat selepas majoriti anggota DUN pada persidangan hari ini bersetuju terhadap usul memperakukan laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang bersidang 25 Feb lepas.

Seorang lagi anggota DUN, Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) yang dirujuk ke jawatankuasa itu apabila didakwa menuduh exco kerajaan negeri Selangor menerima rasuah, tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Datuk Nasaruddin Hashim (BN-Bota) berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DU Ntelah membuat perakuan terhadap kedua-dua Adun berkenaan yang dirujuk kepada jawatankuasa itu pada 2 Dis lepas.

"Jawatankuasa ini mendapati Adun Titi Serong mempunyai isu berbangkit dan mempunyai prima facie yang perlu dijawab olehnya tetapi Adun Titi Serong gagal memberi penjelasan kerana enggan menghadiri persidangan jawatankuasa pada 25 Feb lepas.

"Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Adun Titi Serong gagal untuk bertanggungjawab atas kebenaran kenyataannya pada persidangan DUN berkenaan," katanya ketika membentangkan usul laporan dan perakuan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu pada persidangan DUN di sini Jumaat.

Beliau berkata, Adun Temenggor pula mengatakan Ronnie Liu rasuah berdasarkan komen-komen beberapa anggota DAP di Selangor, oleh itu tiada isu dan tiada prima facie serta tiada tindakan dikenakan terhadapnya.

Usul bagi memperakukan laporan itu dibawa oleh Nasaruddin dan disokong oleh Datuk Rusnah Kassim (BN-Ulu Kinta) serta dipersetujui majoriti anggota DUN tanpa dibahaskan.

Sebaik Speaker Dewan Datuk R.Ganesan mengatakan majoriti anggota persidangan DUN bersetuju dengan usul yang dibawa Nasaruddin itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan dengan diikuti sembilan wakil pembangkang lain.

Sementara itu, persidangan DUN hari ini meluluskan pindaan Enakmen Menteri Besar Perak (Pemerbadanan) 1951, Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak serta meluluskan tiga jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap Negeri dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Negeri serta pelantikan anggotanya.

Persidangan Dewan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.