PRN Sarawak: Ganggu Undi Pos, DAP Berjaya Rakam Perlakuan Di Wisma Sanyan, Sibu

DAP hari ini mendedahkan satu klip ringkas video kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. Parti pembangkang itu mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam.

Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki dikatakan telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos.

Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan.

Satu laporan polis akan dibuat.- Malaysiakini

Pengerusi JKK di Kg Enseng Melayu Kecewa: Setelah Meter Elektrik Dipasang Dan Berfungsi, Tiba2 Datang Pegawai Sesco Suruh Tanggal, Kaitan Diskriminasi

SADONG JAYA, 13 April: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) di Kampung Ensengei Melayu di sini kecewa selepas meter elektrik yang tak sampai 24 jam di pasang, dicabut semula.

Kediaman penghulu tersebut, Tuan Haji Wahab Johari didakwa didatangi dua juruteknik Sarawak Electricity Supply Corporation (Sesco) lebih kurang jam 3 petang semalam.

Mereka memasang meter elektrik sehingga selesai dan kemudiannya menjalankan ujian sebelum mengesahkan ianya berfungsi.

Namun beberapa minit selepas itu, seorang pegawai Sesco didakwa datang dan memaklumkan nama penghulu tersebut tiada dalam senarai.

Beliau kemudiannya mengarahkan meter yang siap dipasang itu ditanggalkan semula.

Difahamkan Haji Wahab ada merayu kepada pegawai tersebut agar tidak mencabut semula meter elektrik itu, namun tidak dilayan.

Jam 12 sebelum itu, AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar ada berkunjung ke rumah beliau dalam siri kempen rumah ke rumah sempena pilihan raya kecil Sarawak kali ini.

Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, Haji Wahab ada menceritakan salasilah keturunannya yang memang berasal dari kampung tersebut.

Selepas pertemuan itu pula, petugas PAS dari Selangor turut berkunjung ke rumah sama.

Difahamkan Haji Wahab adalah penyokong PBB sejak sekian lama.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penarikan semula meter elektrik di rumahnya itu ada kaitan dengan dua kunjungan dari PAS sebelum itu.


Calon PAS, Abang Eddy Abang Fauzi ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab.

Umi Hafilda Ali Hanya Saman Main2... Mahkamah Tinggi Batal Saman Fitnah Tuntut RM100 juta Terhadap Baginda & MalaysiaKini

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.

Saman itu, yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda dalam saman pemula itu mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat
kenyataan-kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama

Bantahan Desak DS Zambry Tunai Janji Di luar DUN Perak Berakhir Dengan 12 DitangkapPolis

Sekurang-kurangnya 12 orang ditahan polis kerana melancarkan bantahan bagi mendesak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menunaikan janjinya membekalkan tanah untuk pemindahan mereka.

Sekurang-kurangnya 12 orang ditahan polis kerana melancarkan bantahan di luar bangunan dewan undangan negeri Perak bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menunaikan janjinya bagi membekalkan tanah untuk pemindahan mereka.

Mereka yang ditahan itu berasal dari setinggan Kampung DBI di Buntong dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Hak Asasai Manusia (HRP).

Menurut penyelaras PSM R Rani beberapa wakil setinggan telah menghantar puluhan memorandum dan surat kepada pejabat Menteri Besar tetapi diarahkan merujuk dari satu jabatan ke jabatan lain tanpa sebarang penyelesaian.

Katanya, kebanyakan mereka adalah bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh yang berpendapatan rendah dan membina rumah mereka berhampiran kuarter kerajaan di Kampung DBI.

"Mereka telah merayu untuk dapatkan plot kecil tanah selama 14 tahun dan setiap Menteri Besar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Menteri Besar ini (Zambry) telah beri jaminan bahawa semua kawasan setinggan dan masalah perumahan di Perak akan diselesaikan... dan semua setinggan yang tinggal di kawasan mereka lebih 10 tahun akan diberikan hak tanah secara automatik,” katanya.

Polis bertindak menahan penunjuk perasaan ini apabila arahan supaya bersurai dari lokasi berkenaan tidak diendahkan.

Beberapa aktivis, termasuk ketua HRP Perak A Ramesh mendakwa dikasari dan dipukul oleh polis sebelum ditangkap.

Ketua Polis Ipoh ACP Azisman Alias berkata bantahan itu adalah “perhimpunan haram” mengikut Seksyen 27, Akta Polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.