Jom Sapa2 Yang Nak Bida: Aktres Seksi "Lelong Diri" Untuk Tujuan Amal


TEXAS: Aktres seksi, Pamela Anderson yang bakal hoskan satu majlis keramaian selepas pertandingan akhir liga bola sepak Amerika Syarikat (NFL) digelar ‘Super Bowl XLV’ akan ‘melelong’ dirinya untuk tujuan amal dalam parti berkenaan.


Bekas pelakon siri televisyen Baywatch itu akan melelong dirinya apabila dia menjadi hos majlis keramaian terbesar menjelang kejohanan itu, dikenali sebagai ‘Dallas SuperBash 2011’ yang menggabungkan selebriti dan atlet, pada malam Jumaat ini.

Akhbar USA Today melaporkan, majlis keramaian berkenaan ditaja agensi pengurusan sukan yang beribu pejabat di Dallas, Willis & Woy Sports Group.
“Saya amat bernasib baik jika bidaan mencapai AS$50,000 (RM181,800),” kata Pamela, 43, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan melelong dirinya.

Bagaimanapun beberapa pihak meramalkan bidaan lelongan diri Pamela akan meningkat lebih tinggi daripada yang dinyatakannya.

Aktres itu pernah melakukan perkara sama bagi membantu Yayasan Make-A-Wish, sebuah badan amal bertujuan memenuhi keinginan pesakit kronik dari usia dua setengah tahun hingga 18 tahun di Abu Dhabi dan menerima bidaan sehingga AS$250,000 (RM759,000).

Turut hadir seorang lagi selebriti seksi, Sofia Vergara’ atau digelar ‘Sofia Vergara’ manakala kumpulan Black Eyed Peas serta penyanyinya, Fergie, merancakkan suasana ketika perlawanan antara Green Bay Packers dan Pittsburgh Steelers, berhenti rehat.

Perlawanan Super Bowl XLV bukan saja membabitkan bola sepak Amerika, tetapi juga majlis keramaian yang menyatukan artis dan ahli sukan. Bagi tahun ini, Pamela menjadi pengacara parti yang diadakan selepas perlawanan.

Mengenai perkembangan terbaru dirinya, Pamela berkata, dia menerima tawaran berlakon teater muzikal di Broadway berasaskan penyertaan rancangan realiti Dancing With the Stars tahun lalu, tetapi keberatan menerimanya.

“Saya tidak tidak tahu apa harus dilakukan dengan anak saya jika menerima tawaran itu. Ketika ini saya menghabiskan masa dengan menulis sajak, bermain saksofon dan menjadi ibu,” katanya.

– Agensi

Bongkar... Siapa Pegawai Kanan Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) Yang Ditangkap Khalwat??

KUANTAN, 8 Feb [3.00 pm] - Orang ramai di bandar ini menggesa Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang baru, Dato' Hj. Muhammad Ubaidullah (foto) untuk mengambil tindakan segera untuk mendakwa seorang Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat.

Segala bukti dan kertas pendakwaan terhadap individu terbabit telah pun disiapkan, cuma semua pihak kini keliru kenapakah Bahagian Pendakwaan JAIP masih menyimpan fail tersebut. Pegawai terbabit telah ditangkap bersama pasangannya yang juga kakitangan di MUIP November tahun lalu, di Hotel Grand Contienantal Kuantan. Malah, operasi penangkapan telah dilakukan sendiri oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP.

Bacaan Lanjut Di Sini

Kes Saman MP Shah Alam Terhadap Utusan Malaysia Ditetapkan 25 Mei Nanti


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 25 Mei ini untuk mendengar kes saman yang difailkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menerbitkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 11 Sept 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu disebut di hadapannya pada Selasa.

Dalam saman yang difailkan tahun lepas, Khalid dari PAS, menamakan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan penerbit juga pencetak akhbar Utusan Malaysia dan juga Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Beliau mendakwa pada 11 September 2009, Aziz, selaku Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Mingguan Malaysia telah dengan niat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan kata-kata fitnah terhadapnya di muka depan akhbar itu.

Beliau berkata kata-kata dalam artikel bertajuk "Zulkifli bidas "Pak Janggut" itu adalah secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya meskipun namanya tidak disebut dalam kata-kata itu.

Khalid mendakwa kata-kata itu merujuk kepadanya berdasarkan beliau adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan beliau adalah individu yang berjanggut.

Beliau mendakwa kata-kata dalam makna asal dan biasa bermakna beliau sanggup memutar belit ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, beliau tidak menghormati kesucian Al-Quran dan beliau adalah seorang yang sesat kerana sanggup memutar belit ayat Al-Quran.

Khalid berkata kata-kata itu adalah tidak benar dan jelas bersifat fitnah terhadapnya dan akibat penerbitan kata-kata itu, beliau telah menanggung rasa malu, dihina dan dikeji di kalangan masyarakat.

Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kata-kata itu adalah suatu yang disengajakan, dibuat tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita untuk melariskan jualan akhbar.

Khalid memohon ganti rugi am, teladan, melampau dan kos.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Jan lepas, berkata berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan berlandaskan satu penulisan/komentar oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin pada 9 Sept 2009, di dalam blog rasmi Zulkifli.

Defendan mendakwa berita itu telah diterbitkan semula oleh defendan merupakan kenyataan Zulkfili yang bertujuan untuk makluman umum. -BERNAMA

Pelajar Tingkatan Lima Mati Selepas Jatuh Bangunan Sekolah Di Melaka

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Melaka Tengah, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Berita lanjut menyusul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.