Galakkan Gejala Yang Benar2 Negatif Jika Projek Sekolah Hamil Diteruskan

Sekolah Mengandung Galakkan Gejala Negatif

Pelajar yang mengandung anak luar nikah disaran meneruskan pembelajaran mereka dirumah-rumah perlindungan bukannya di sekolah kerajaan seperti mana pelajar-pelajar lain.

Tindakan itu perlu supaya mesej yang betul dihantar kepada pelajar lain bahawa mengandung anak luar nikah merupakan kesalahan.

Akan tetapi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, jika pelajar hamil itu sudah berkahwin, masih boleh diterima jika mereka mengikuti sesi persekolahan seperti pelajar lain.

“Saya rasa pendekatan yang sebegitu tidak wajarlah. Bila pelajar lain nampak macam tidak ada apa- apa masalah, kita akan hantar mesej yang salah seolah-olah perkara itu adalah biasa."

"Mereka mesti diasingkan dan kita mesti tolong mereka yang tersilap langkah ini. Kita tidak mahu mereka terus tersilap langkah,” katanya.

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam masih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untuk mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.

Namun, Khalid menolak cadangan itu kerana ia seolah-olah membuka ruang dan membantu muda belia untuk mengandungkan anak luar nikah.


“Sekolah mengandung tu saya rasa luculah. Kalau kita hantar ke sekolah mengandung itu nampak tiada kesalahan. Malah ada pula satu intitusi khas yang membantu mereka jika mereka terlanjur."

"Akan tetapi jika mereka dihantar ke rumah perlindungan, masyarakat akan terkesan mesej yang dihantar bertapa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan yang tidak patut dituruti," kata Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan pelajar yang hamil samaada sudah berkahwin atau mengandung luar nikah perlu diberi peluang untuk menuntut ilmu.

Namun, beliau menegaskan, hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan itu tetap perlu dilaksanakan.

“Penjenayah sekalipun mesti kita bagi peluang untuk mereka belajar. Kita berharap dengan ilmu yang mereka pelajari mereka boleh tentukan kelak apa yang baik dan apa yang buruk.Tetapi, hukuman ke atas mereka yang lakukan kesilapan tetap perlu dilaksanakan," kata Kamaruddin.

Kementerian Pelajaran sebelum ini dilapor membenarkan pelajar- pelajar yang mengandung samada berkahwin atau tidak, untuk mengikuti sesi persekolahan sebagaimana pelajar lain.

Seorang pegawai kementerian pelajaran mengesahkan pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekaligus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, menurut portal The Malaysian Insider.

Sumber itu juga menambah tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka telah berkahwin atau mengandung anak luar nikah.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik. -TVS

Rampas Tanah Selepas Rampas Kuasa... Siapa Punya Kerja Nie??

Umno-BN Juara Rampas Tanah Rakyat Di Perak

Tindakan kerajaan negeri Perak di bawah Umno-Barisan Nasional menyerahkan sebidang tanah milik yang kini diusahakan oleh petani di Gopeng kepada syarikat berkaitan pemimpin Umno dianggap tidak berperikemanusiaan dan mementingkan kroni.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang mendakwa ini menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa Umno-BN sememangnya merampas hak rakyat sejak lebih 50 tahun memerintah negara ini.

Berikutan itu, beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh Khamis lalu berhubung tanah yang kini diusahakan bagi penternakan ikan hiasan serta digazetkan untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

"Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham dalam syarikat yang mendapat kelulusan mendapatkan tanah tersebut merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan Zakaria," kata Lih Kang dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri menyatakan tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Perkara ini dilihat pelik kerana penguasaha tanah tersebut sudah berkali-kali membuat permohonan namun semua permohonan ditolak tanpa diberikan sebab yang jelas.

Lih Kang berpendapat tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menafikan tanah kepada petani tetapi memberikan kepada pemaju satu tindakan yang tidak wajar.

Apatah lagi kerajaan negeri telah memberikan tanah tersebut kepada kroni dan ini jelas amalan rasuah dan salahguna kuasa, kata beliau lagi.

"KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Umno-Barisan Nasional ini. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar daripada tanah yang sedang mereka usahakan sekarang. Kami menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab dalam kes ini," tambahnya.

Lih Kang mendedahkan ini adalah kejadian yang kedua selepas kes salahguna kuasa dan skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek di mana Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah dalam kampung tersusun tersebut.

Beliau juga menuntut penjelasan dari Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya anggota bukan daripada Umno dalam barisan Exco.

"Beliau perlu jelaskan kenapa tidak menghalang perkara ini daripada berlaku. Ini menunjukkan Umno-BN telah mereput hingga ke dasarnya, hinggakan pimpinan peringkat bahagian pun melakukan rasuah dengan rakus.

"Oleh itu, untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar jawatan Datuk Seri Zambry selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanahdibekukan sepanjang siasatan kes ini dijalankan dan membatalkan kelulusan permohonan Safura House ke atas tanah tersebut.

"Kami juga menuntut untuk dibenarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem semak dan imbang diwujudkan," tambah Lih Kang.

Timb. Presiden PKR Akan Umumkan Pendirian Pertahan Jawatan Dalam Masa Terdekat..


August 15, 2010

Syed Husin: Perbincangan masih diadakan. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Senator Dr Syed Husin Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada mahu mempertahankan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) “secara muktamad” pada masa yang sesuai kekal.

“Soal itu akan saya jawab secara muktamad bila sampai waktunya,” kata Syed Husin menerusi SMS menjawab soalan sama ada mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti kali ini ini.

Pengumuman beliau dilihat oleh banyak pihak dalam parti sama ada bakal menyaksikan saingan sengit kali ini ataupun sebaliknya.

Beberapa nama disebut-sebut akan bertanding merebut kerusi tersebut.

Mereka ialah Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, antaranya Dr. Muhammad Nur Munaty.

Bagaimanapun sehingga belum ada pihak yang tampil mengesahkan pendiriannya.

Pertengahan minggu lalu, anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan.

Azmin Ali yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan nombor dua itu belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu.

“Perbincangan masih diadakan,” kata beliau ringkas menerusi SMS sebekum ini.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan.

Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut.

Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini Syed Husin berkata, beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan.

Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.

PKR Tawar Timb. Menteri Pendidikan Ketuai Kaukus Siswa Berpolitik

Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik.

"Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit9 (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, walaupun Saifuddin merupakan seorang pemimpin tinggi Umno, tetapi mereka masih bersedia untuk bekerjasama dengan timbalan menteri itu bagi mencapai matlamat tersebut.

Saifuddin
lantang menyatakan bahawa mahasiswa harus dibenarkan menyertai politik walaupun para pemimpin Umno yang lain berpendirian sebaliknya.

Cadangan supaya mahasiswa dibenarkan menyertai politik semakin mendapatkan perhatian selepas keputusan kerajaan menarik balik larangan dan membenarkan guru lulusan universiti menyertai politik.

Nurul Izzah menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan wakil rakyat PKR menghandiri seminar perspektif muda dalam hal ehwal semasa.

Seminar tersebut, anjuran Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen), dihadiri oleh hampir 80 mahasiswa dan profesional muda yang membahas pandangan mereka tentang hal-hal seperti pendidikan, ekonomi dan urustadbir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.