Isteri Sah Tentera berkahwin Lagi Satu Dengan Lelaki 17 Tahun, Palsukan Dokumen Disiasat

ALOR SETAR: Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) akan menyiasat dakwaan bekas tentera, Mohd Zaini Abdul Hamid yang mengaku masih suami sah kepada seorang wanita yang mendakwa sudah berkahwin dengan remaja berusia 17 tahun.

Pembantu Ketua Unit Penguat kuasa Jaik, Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya menerima maklumat pengadu yang enggan dikenali mengenai kes khalwat sepasang kekasih.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, enam anggota penguat kuasa Jaik menyerbu sebuah rumah di Pokok Sena kira-kira jam 1.40 pagi pada 15 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati seorang wanita berusia 26 tahun bersama seorang lelaki berusia 17 tahun di rumah berkenaan. Siasatan turut menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai anak wanita berkenaan.

“Wanita itu mendakwa sudah berkahwin dengan lelaki itu sambil menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di selatan Thailand,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mat Nasir, pihaknya menahan pasangan terbabit dan kanak-kanak berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Pokok Sena untuk membuat laporan kes khalwat sebelum dibawa ke pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu mendakwa sudah bercerai, tetapi apabila kami memintanya menunjukkan surat cerai, dia memberi alasan sijil itu hilang. Kami percaya wanita terbabit memalsukan maklumat pernikahan dikeluarkan di negara jiran,” katanya.

Program Mesra Rakyat di Daerah Bandar Bharu Bersama MB Kedah


Semalam kami wakil rakyat dari Negeri Kedah telah berkampong di Serdang bersama-sama dengan YAB MB dalam program Mesra Rakyat di daerah Bandar Bharu, kawasan Baling selatan di Kedah sempadan Perak dan Pulau Pinang.

Program bermula dengan peresmian oleh MB serta penyerahan geran tanah kepada pemohon yang telah lama memohon disamping penyampaian skim kafalah kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga didalam daerah tersebut.


Apa yang menariknya adalah skim yang mula diperkenalkan pada tahun ini telah menyumbangkan sebanyak RM 900 ribu setakat ini meliputi seluruh rakyat yang berpendapatan kurang dari RM 720 sebulan atau perkapita RM 180 ringgit sebulan.

Tahun ini sahaja kerajaan Kedah telah memperuntukan sebanyak RM4 juta untuk skim kafalah ini.

Selepas majlis peresmian, program lawatan ke penternakan ikan kelisa ( arowana) di Sungai Tengas bersama MB.

Cukup menarik mendengar penerangan dari pengusaha tersebut yang mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian, segala teknik dan cara memelihara ikan arowana ini memerlukan penjagaan rapi kerana harganya yang agak mahal bagi arowana gold ,tetapi agak mampu dibeli bagi arowana silver. Harga bagi Gold boleh mencecah RM 2000 seekor dan bagi Silver hanya belasan ringgit sahaja.

Mengikut kiraan beliau, anggaran perolehan bagi satu kolam untuk gold boleh mencecah sejuta ringgit, tetapi modal juga besar, mungkin mencapai RM 500 ribu satu kolam.

Di sebelah petang kami dibahagkan kepada 4 kelompok mengikut mukim dan masing-masing akan mengikuti program di kampong yang dipilih, selepas satu majlis dialog yang diadakan di Dewan Sri Serdang bagi kumpulan ana bersama YB Ustazah Aishah Ghazali (EXCO Kebajikan dan Pembangunan Wanita). Apa yang menarik diberitahu semalam adalah kerajaaan negeri telah menaikkan bantuan kebajikan kebada warga yang memerlukan sebanyak RM2 juta lagi pada tahun ini menjadikan jumlah semua ialah RM16 juta berbanding 14 juta pada tahun lepas di samping RM4 juta untuk skim kafalah menjadikan kesemuanya RM20 juta pada tahun 2010 ini.

Sebelum bertolak ke kampong melihat usahawan kecil dan sederhana, beliau sudi memberikan bantuan kepada warga daif didewan tersebut.

Antara yang kami lawati pada petang semalam adalah Noor Daq Farm and Trading dan Ala Flinstone kreatif, apa yang menariknya adalah mereka ini adalah usahawan muda Melayu.

- Dari Blog MP Pendang

(Don't Click) - Foto Parti Paris & Jutawan Malaysia Misteri Itu?

Taek Jho Low jutawan misteri hebat berparti bersama Paris Hilton ? Foto yang mengetarkan jiwa pria. Pewajah2 Asia yang kaya mengelilingi si 'gedik' di Saint Tropez dalam satu temasya liar. Enjoy sampai ke neraka !


Jangan nanti pula, kamu bikin landasan baru Sg. Besi seseksi Paris Hilton..banyak kapal terbang yang terhempas dan penumpang yang mati.., siapa nak jawab !

Kerana kaya manusia jadi gila dan lupa daratan. "Enjoy sebelum ke kuburan..,enjoy sebelum tubuh kujur.." Jika itu yang digunapakai, tunggu saja saat untuk hancur binasa.

(*) Foto-foto lain tidak mungkin dapat dipublishkan di sini, jika mahu cari sendiri. (dosa atas tanggungan sendiri), sekadar iktibar akhir zaman, manusia kian lupa dan tidak lagi punya rasa malu kepada Tuhan juga sesama manusia.

Kes status tanah wakaf terbesar libatkan 25,000 hektar didengar Ahad

Yang di-Pertuan Agong turut merupakan seorang pewaris di dalam kes ini. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Tuntutan mencabar status konsesi tanah wakaf Chenderong melibatkan lebih 25,000 hektar, keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang, akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hujung minggu ini.

Ia dilihat sebagai kes pertama melibatkan tanah wakaf tunggal terluas di negara ini iaitu 25,379.23 hektar.

Tanah itu yang dikurniakan oleh Sultan Terengganu Almarhum Sultan Zainal Abidin III kepada anakanda perempuan Tengku Nik Maimunah dan suaminya, Tengku Ngar Omar Abdul Rahim pada Mac 1906, dijadikan tanah wakaf pada 1961.

Tuntutan kes difailkan pada Disember 2008 dan selepas beberapa peringkat bantahan dan usaha untuk diselesaikan di luar mahkamah, ia akan didengar selama dua hari mulai Ahad ini.

“Perbicaraan akan diadakan pada Ahad dan Isnin ini selepas ia difailkan Disember 2008,” kata peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili plaintif ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.

Kes didengar oleh Hakim Shaikh Ahmad Ismail.

Kes ini dibawa selepas pewaris konsesi tanah wakaf Chenderong ini, yang terletak di sempadan Kemaman dan Kuantan, meluahkan rasa kesal terhadap cara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan tanah tersebut.

Jumlah pewaris dianggarkan 462 orang, yang hampir kesemuanya merupakan anggota kerabat diraja negeri Terengganu.

Salah seorang pewaris termasuklah Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin atas kapasiti sebagai Sultan Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kamar Ainiah, dua daripada waris mengemukakan tuntutan saman mendakwa pengurusan pajakan tanah wakaf milik mereka kurang sistematik menyebabkan hasil diperoleh sedikit selain kerugian berganda sehingga ada waris hanya menerima pendapatan RM3 setahun.

Kamar Ainiah juga memberitahu, dalam saman yang dikemukakan Tengku Zainal Akmal Tengku Besar Mahmud dan Tengku Hidayah Tengku Habib terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mereka mendakwa pihak berkenaan gagal menguruskan pajakan hartanah itu hingga menyebabkan ada waris hanya memperoleh pendapatan RM3 setahun.

Kata beliau, plainitif yang turut mewakili 460 ketua keluarga pewaris tanah wakaf itu, antara lain menuntut ganti rugi hasil pajakan tanah.

Kamar Ainiah berkata, pewaris berpendapat bahawa tanah wakaf itu tidak harus diserahkan kepada pihak lain untuk tujuan pajakan.

Selain tempoh pajakan yang begitu lama, penglibatan pihak-pihak lain, syarikat lain juga menjadi persoalan, kata beliau lagi.

Mereka juga memohon perintah mahkamah membatalkan semua perjanjian pajakan, selain menuntut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan harta wakaf di bawah satu unit khas dianggotai wakil waris tanah wakaf, atau membenarkan waris menguruskan sendiri harta.

Jurucakap waris terbabit, Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra Tengku Besar Mahmud sebelum ini pernah berkata, beliau membuat tuntutan di mahkamah agar perjanjian pajakan dan serah hak dibatalkan kerana semasa perjanjian dibuat, konsesi tanah wakaf adalah bertaraf tanah wakaf.

“Kita juga menuntut supaya hak menguruskan harta wakaf ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di bawah satu unit khas bersama wakil waris atau waris dibenarkan mengurus sendiri melalui penubuhan sebuah syarikat.

“Tuntutan mahkamah ini dilihat sebagai satu tindakan yang positif bertujuan menjaga hak dan kepentingan pewaris wakaf ini daripada terus dikhianati serta mengalami kerugian,” kata Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra sebelum ini.

Malah menurut Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra, jika dibandingkan nilai semasa kayu balak dan kelapa sawit, jumlah diterima tidak masuk akal.

Keluasan tanah wakaf Chenderong yang diiktiraf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu seluas 25,379.569 hektar dan berdasarkan perjanjian pajakan, hasil diperoleh daripada kayu balak, perlombongan, sewa tanah dan tanaman.

Ketika ditanya mengenai latar belakang maklumat kes ini, Kamar Ainiah berkata urusan memajukan tanah ini kini terletak di bawah tanggungjawab syarikat Tis ‘Ata ‘Ashar Sdn Bhd (TAA) selaku pemajak utama keseluruhan.

TAA, yang dibentuk pada 1985, didakwa bertindak “menjual” dan menyerahkan segala hak serta kepentingan pajakan dan pengurusan tanah itu kepada SPPT Development Sdn Bhd (SPPT) tanpa mengenakan bayaran kepada pihak wakaf.

Maklumat yang difailkan di mahkamah juga menunjukkan syarikat itu juga menyerahkan hak atau memajak kepada beberapap pihak lain iaitu TDM Capital Sdn Bhd, Manyvest Holdings, Risda atau Espek, Anglo Eastern manakala SPPT Development pula menyerahkan kepada Mudari Holdings dan Worldwide Plantation.

Waris-waris tanah wakaf itu mempersoalkan bagaimana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu selaku pentadbir tanah wakaf boleh membiarkan perkara ini berlaku tanpa mengenakan syarat yang lebih menguntungkan wakaf.

Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra berkata, pihaknya mempersoalkan alasan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau TAA tidak memilih menguruskan harta wakaf itu dan jika ia diusahakan sendiri, pendapatan dihasilkan dianggarkan RM700 juta dengan nilai keuntungan RM365 juta.

Pihaknya turut mempertikai pemilikan saham Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam pemajak utama, TAA sedangkan pada masa sama ia adalah pentadbir tunggal wakaf dan ia jelas ada percanggahan kepentingan.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mempunyai 17 peratus saham dalam TAA.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pernah mengeluarkan fatwa bahawa konsesi tanah wakafChenderong mengandungi wakaf khas, wakaf zuriat dan juga wasiat, dan ia tidak boleh dijual beli atau diubah statusnya daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan disubliskan.

Pada awalnya menurut Kamar Ainiah, lima bulan sebelum menjadikan tanah miliknya sebagai tanah wakaf zuriat, Tengku Nik Maimunah dan Tengku Chik, yang merupakan adik kepada Tengku Ngah Omar, telah memajakkan tanah mereka kepada Cindee Development untuk tempoh selam 999 tahun.

Bagaimanapun kandungan perjanjian dipinda untuk mengurangkan kepada pajakan 99 tahun pada 31 Disember 1985.

Ketika itu urusan mentadbir tanah berkenaan terletak di bawah penyeliaan Pesuruhjaya Majlis Hal Ehwal Islam Terengganu, kini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Cindee Development pula telah memajakkan 21,170 hektar kepada TAA pada Disember 1986 dan 2,000 hektar kepada Tan Sri Paduka, 1,960.8 hektar kepada Chenderong Gt Palms manakala Tan Sri Paduka pula kemudian telah memajakkan 1,848 hektar daripada bahagaiannya kepada National Land Finance Coop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.