Ramai Bintang Hollywood Sahabat Isteri PM Najib... De Niro Tetamu Khas Beliau

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata bintang Hollywood Robert De Niro akan melawat Malaysia selepas menerima pelawaannya ketika kedua-dua mereka berjumpa di New York, April lalu.

Rosmah memberit
ahu akhbar harian Sarawak,Daily Expressbahawa De Niro melahirkan minat melawat Malaysia apabila beliau menghadiri jamuan makan malam ketika isteri perdana menteri itu menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Dia datang sebagai seorang daripada tetamu dan tertarik dengan Malaysia. Katanya, negara anda progresif dan saya ingin melawatnya.

"Saya kata, silakan. Jika tidak, anda akan mendengar segala yang tidak betul mengenai Malaysia. Adalah penting bagi meletakkan perkara dalam perspektif. Saya beritahu mereka di New York, kita tidak memusnahkan hutan,” kata Rosmah dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berkenaan.

M
enurut beliau, ramai rakyat Amerika yang beranggapan Malaysia adalah tempat pembiakan bagi dadah, negara ketiga bagi pemerdagangan manusia dan juga sarang pengganas.

"Saya beritahu mereka, ini tak benar - datang dan lawat kami - nilai sendiri apa yang sebenarnya. Jadi adalah penting bagi rakyat Malaysia menjemput mereka supaya mereka dapat memberitahu dunia bahawa kita adalah berlainan daripada apa yang mereka dengar.”

Selain De Niro, Rosmah juga pernah berjumpa dengan ramai bintang antarabangsa, termasuk selebriti televisyen Martha Stewart, 'Raja Bollywood' Shahrukh Khan, dan juga pernah menyanyi bersama Lionel Richie dan Jamie Foxx.

Pada malam anugerahnya di New York itu, Rosmah membawakan lagu 'We are the world' dengan Foxx yang memenangi Oscar dalam filem 'Ray' pada tahun 2004.

Isteri
perdana menteri itu juga berkata beberapa rakyat Amerika melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan disebat jika melanggar undang-undang Islam.

"Saya kata tidak, anda tidak akan didakwa menurut undang-undang syariah. Hanya orang Islam yang akan diadili mengikut undang-undang syariah. Tetapi anda tertakluk kepada undang-undang sivil,” jelasnya.

Ahli ada 3.1 Juta Takkan Semua Meluat Kat UMNO Kut... Jangan Buat Andaian, Tapi Ada Kebenaran Hari Ini Ramai Sangat Dah Meluat Kat UMNO


KUALA LUMPUR, 21 Julai – Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.

“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib (gambar) berkata, “saya tidak terima anggapan itu (meluat).”

Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.

Najib memberitahu, selepas proses pemutihan yang dijalankan awal tahun ini Umno kini mempunyai 3,186,850 orang.

Umno telah mengeluarkan hampir 600,000 ahli daripada daftar keahliannya.
Ditanya kedudukan Umno Kelana Jaya, Najib berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan soal kepimpinan bahagian itu.

“Kami tidak bincang,” kata beliau sambil menambah, oleh kerana Ketuanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menurunkan mandat kepada timbalannya Datuk Yahaya Bujang, maka beliau akan memangku jawatan ketua bahagian itu.
“Beliau sudah turunkan kuasa, maka beliau (Yahya) boleh memangku,” katanya.

Semalam, Yahaya mengesahkan Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua bahagian itu bermula April 2009.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan desakan terhadap Muhammad, yang juga bekas menteri besar Selangor supaya melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.

“Sebenarnya Tan Sri Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Umno bahagian bermula dari April 2009.”

Najib juga berkata, mesyuarat MT juga tidak membincangkan isu berkaitan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri pada persidangan perwakilan bahagian itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami ambil maklum (isu Setiu),” katanya.

Bahagian Kelana Jaya Tiada Masalah Tanpa Mat Taib : PM Najib

Umno bahagian Kelana Jaya masih mampu beroperasi seperti biasa walaupun tugas ketua bahagiannya kini telah dipangku timbalan ketua bahagian itu, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, isu itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno petang ini.

"Tak bincang, tapi bahagian Kelana Jaya boleh teruskan. Tak ada masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu petang ini.

Setelah dilaporkan memberikan mandat kepada timbalannya Datuk Yahya Bujang bermula April tahun lalu, terdapat desakan daripada akar umbi supaya Muhammad melepaskan jawatan.

Desakan itu dibuat antaranya bagi memastikan Umno bahagian itu mencapai segala objektif dan fungsi yang ditetapkan.

Setelah 'diam' selepas tewas dalam pemilihan agung Umno sebelum ini, Muhammad tidak pernah lekang daripada menjadi mangsa spekulasi, antaranya dakwaan beliau bakal keluar parti.

Ia antaranya ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang Pakatan dalam satu pertemuan pada November tahun lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.

Dalam sidang media petang ini, Najib turut ditanya lanjut berkaitan tindakan ketua bahagian itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan tugas ketua bahagian itu kepada timbalan beliau.

"Tak apalah dia (Muhammad) delegate (serahkan kuasa). Kita terima, jalanlah macam biasa.

"Kalau dia (Muhammad) delegate, dia (timbalan) ada kuasa sebagai pemangku ketua," kata perdana menteri.

Rentak Media Arus Perdana Makin Gilakan Isu Perpaduan PAS-UMNO

Kapal Dah Nak Tenggelam.... Tolong! Tolong! Tolong!

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta pemimpin dan ahli parti itu supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana berhubung isu perpaduan PAS-Umno.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media media arus Perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

"Malah, pihak media telah mendapat beberapa pandangan daripada pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan yang memetik ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebagai berkata Umno dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Nasharuddin dipetik menulis demikian blognya di bawah tajuk 'Pelan Damai Untuk Umno dan PAS'.

Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata: "Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

Nasharuddin berkata, PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu.

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

"Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.