Zul Lawyer Tak Baca Perlembagaan PAS, Dok Rasa Masih Ahli PAS... Cian Dia...

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala di London', Rasanya Speaker Akan Tolak.. Tapi Kita Tunggu Keputusannya...

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat.

AZLAN“P Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.

“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.

gantang by election 020409 pkr altantuya prayer 03“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Er.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataanMalaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

Suara Perkasa Sekadar Diberi AMARAN KERAS... Siapa La Ka Siong Tu??

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepadaSuara Perkasa, akhabar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA), berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" pada edisi sulungnya minggu lalu.

"Memandangkan Suara Perkasakeluaran bertarikh 1 hingga 15 Julai itu merupakan penerbitannya yang pertama dan ini juga adalah pelanggaran syarat yang pertama, maka kementerian memutuskan untuk memberi amaran keras," kata KDN dalam kenyataan malam semalam.

Ketua Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat dan perbincangan berhubung penerbitan akhbar itu lewat petang semalam.

Justeru itu, katanya, KDN juga akan meningkatkan tindakan pemantauan ke atas setiap keluaran akhbar tabloid bagi memastikan syarat permit dan garis panduan penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipatuhi.

Rentetan daripada artikel berkenaan, KDN telah memanggil Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan kementerian semalam, susulan daripada pertemuan dengan editor Amirudin Mohamad, Jumaat lalu.

Artikel itu merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, dua minggu lalu.

- Bernama

52 Soalan Penyelesaian Kes Pembunuhan Altantunya oleh SPRM kepada PI Bala??

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Detektif persendirian P. Balasubramaniam perlu menjawab 52 soalan kesemuanya yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui peguamnya berhubung kes pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu empat tahun lalu.

Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes itu.

“Kesemuanya ada sebanyak 52 soalan dengan beberapa soalan sampingan,” kata Americk Sidhu ketika dihubungi The Malaysian Insider melalui emel hari ini.

Americk menerima soalan daripada SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London, semalam (waktu tempatan).

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London, tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya itu minggu lalu.

Americk berkata, Balasubramaniam akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan menerusi afidavit.

“Jawapan-jawapan perlu dijawab dalam bentuk afidavit,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila jawapan kepada soalan-soalan itu akan diserahkan semula kepada SPRM.

“Jawapan-jawapan sedang disediakan,” jawan Americk.

Ketika ditanya sama ada Balasubramaniam sudin memilih cara alternatif yang diinginkan SPRM, Americk berkata:

“Ya... (tapi) apa pilihan lain yang ada buat Bala?”

SPRM telah menghantar senarai soalan kepada Balasubramaniam, Jumaat lalu.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu telah dikirim oleh SPRM melalui kurier kepada Americk.

Katanya Americk telah bersetuju untuk memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.

Rabu lalu, SPRM memutuskan tidak akan menghantar pegawainya ke London bagi mengambil keterangan daripada berhubung kes pembunuhan wanita itu.

Sebaliknya kata SPRM, Balasubramaniam akan diminta menjawab soalan yang akan dikemuka menerusi peguamnya dalam bentuk akuan bersumpah atau afidavit.

Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.