Tiga maut selepas lelaki Denmark buat pusingan U

Tiga lelaki maut selepas kereta mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM 277.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara dekat plaza tol Nilai 4.30 pagi tadi. – Gambar Bernama
Tiga lelaki maut selepas kereta mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM 277.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara dekat plaza tol Nilai 4.30 pagi tadi. – Gambar Bernama

SEREMBAN, 4 Julai – Tiga maut dan dua cedera selepas sebuah kereta mewah jenis BMW bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga Denmark di Kilometer 277.5 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Nilai, dekat sini, pada pukul 4.30 pagi tadi.

Menurut jurucakap polis, kereta BMW itu dinaiki oleh empat bekas penuntut Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) yang baru selesai mengadakan pertemuan nostalgia.

“Pemandu kereta BMW itu cedera dan tiga rakannya maut. Kemalangan berlaku apabila lelaki Denmark tadi bergerak menentang arus selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah kereta Proton Waja sebelum itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Warga Denmark yang berada di laluan menuju ke arah Utara bertindak membuat pusingan U untuk ke Selatan sebelum berlakunya kemalangan ngeri itu, katanya.

Mereka yang maut dalam kereta BMW itu dikenali sebagai Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, Ghazali Abdul Majis, 52 dan seorang lagi rakan mereka Zulkarnain Adam, 49, mati di hospital.

Pemandu BMW iaitu Zahari Abdullah, 49, dan pemandu warga Denmark yang tidak dikenali itu hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – Bernama

Pakatan Rakyat Failkan Usul Tergempar Permit Suara Keadilan di Parlimen Hari Ini....

Pakatan Rakyat akan memfailkan usul tergempar di Parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan kementerian dalam negeri tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.

Selain itu, PKR akan turut mempertahankan laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan Felda di mahkamah dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.

Menurut TV Selangor, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata pihaknya mempunyai cukup bukti untuk mempertahankan laporan Suara Keadilan itu.

Justeru, beliau menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk membisukan PKR serta akhbar miliknya itu.

Sivarasa (kanan, bertali leher merah) berkata, tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dilakukan dengan niat untuk membisukan lidah PKR daripada terus mendedahkan isu-isu kepentingan umum.

Tindakan terbaru kementerian itu harus dibahas oleh parlimen kerana ia menyentuh isu-isu kebebasan hak bersuara dan media serta maklumat yang membabitkan kepentingan awam.

“Usul isu Suara Keadilan ini difailkan untuk dibantahkan kepada pergantungan ini dan untuk mendesak Menteri meluluskan serta merta penerbitan ini yang tidak cuba menggugat atau menghalang suara kita daripada PKR.

“Kita nampak pergantungan Suara Keadilan ini, khususnya Najib, Perdana Menteri sekarang khuatir tentang perkara itu berhubung isu Felda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan mereka nampak Suara Keadilan telah membawa banyak isu dan fakta,” katanya.

Beliau berkata usul yang akan difailkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Ditanya mengenai tindakan Felda menyaman Suara Keadilan bersabit laporan ini, Sivarasa berkata PKR akan mempertahankan segala laporan akhbar itu yang mendedahkan kepincangan dan salah urus wang Felda.

“Peguam Felda telah menghantar satu surat kepada Suara Keadilandan PKR akan melantik peguam untuk menjawap dan kita sudah bagi jawapan iaitu kita sanggup mempertahankan apa jua yang diterbitkan oleh Suara Keadilan dan sebagai pandangan yang munasabah apabila rizab Felda merosot dengan merisaukan,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Tanah & Pembangunan Koperasi Cabar PM Najib Dedah Laporan Kewangan Petronas

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 5 Julai - Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mendedahkan segala akaun dan kewangan dengan telus syarikat Petroliam Nasional (Petronas) untuk tatapan rakyat Malaysia.

Dr Tan yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat berkata walaupun Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang diurus secara baik dan profesional serta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada perbelanjaan tahunan kerajaan namun akuan serta laporan kewangan badan itu tidak pernah dibentangkan di dalam Parlimen.

"Malah saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) pernah mendesak Menteri Kewangan II ketika itu untuk meneliti laporan kewangan Petronas tetapi jawapan lesu yang diberi beliau hanya menjaga Kementerian Kewangan manakala Petronas di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.
"Saya mahu bertanya kepada Perdana Menteri, Umno dan seluruh Kabinet, mengapa rakyat tidak boleh mengkaji dan meneliti laporan kewangan dan akuan Petronas?

"Mengapa, mengapa, mengapa? Sebagai 'doktor cucuk' hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat sekiranya kerajaan tidak berani bentangkan laporan kewangan dan skrutini rakyat Petronas iaitu kerajaan mempunyai banyak rahsia besar mengenai akaun Petronas yang mahu disembunyikan," kata Dr Tan dalam komentarnya mengenai badan itu kepada Suara Keadilan.

Tambah beliau keadaan ini tidak boleh diterima langsung.

Beliau juga memceritakan bagaimana seorang bekas pengurus yang mempunyai pengalaman bekerja selama 30 tahun dengan Petronas berkata sekiranya beliau mendedahkan betapa dahsyatnya penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik Umno-Barisan Nasional ia akan memberikan sesiapa juga yang mendengarnya serangan jantung!
Dr Tan juga mempersoalkan amalan sekian lama Petronas yang menggunakan pemegang opsyen atau orang tengah untuk menjual minyak mentah yang dikeluarannya sama di dalam atau luar negara dan tidak secara terus kepada pasaran terbuka.

"Sekira ini benar saya ingin bertanya kepada Petronas mengapa tidak jual secara terus kepada pasaran terbuka?
"Saya difahamkan Petronas dipaksa menjual kepada pemegang opsyen ini pada harga yang amat rendah melalui ikatan kontrak untuk tempoh yang panjang.

"Umpamanya kontrak menyatakan Petronas perlu menjual minyak mentah pada harga US$40 satu tong sementara harga pasaran dunia kini ialah US$75 satu tong. Jadi pemegang opseyen membuat untung sebanyak US$35 satu tong dan Petronas akhirnya mendapat keuntungan yang kecil. Bayangkan sekiranya harga minyak mentah dunia melambung kepada US$100 satu tong. Pada harga ini kadar komisyennya sudah tentu meningkat dan lebih baik daripada apa yang dibayar kerajaan untuk membeli dua kapal selam Perancis. Inilah cara bagaimana negara kehilangan wang setiap hari!," tegas beliau lagi.

Dr Tan juga mahu Pengerusi Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas menjawab beberapa soalan beliau:

1. Adakah benar Petronas mengamalkan sistem menggunakan pemegang opsyen untuk menjual minyak mentah?

2. Sekiranya benar, mengapa perlu menggunakan pemegang opsyen bila mana Petronas sendiri boleh menjualnya?

3. Senaraikan pemegang opsyen sedia ada dan beri butiran mengenai jumlah minyak mentah yang telah dijual dan berapa lamakah sistem ini telah berjalan?

Syeikh Yusuf al-Qaradawi akan menyertai Armada Kebebasan II (Freedom Flotilla II)

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/sheikh-yusuf-al-qaradawi-freedom-flotilla.jpgPengerusi Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa (IUMS) telah mengumumkan bahawa beliau akan mengambil bahagian dalam konvoi laut seterusnya yang cuba untuk mematahkan pengepungan Gaza.

Syeikh Yusuf al-Qaradawi menegaskan bahawa ia akan menyertai Armada Kebebasan II (Freedom Flotilla II) dan memberikan sokongan lain untuk usaha misi bantuan damai kemanusiaan, baik melalui laut atau darat.

Dalam pidato pada pembukaan sidang umum ketiga IUMS di Istanbul, Syaikh al-Qaradawi menekankan peranan sarjana Muslim dalam menangani masalah yang dihadapi bangsa Islam, dan menegaskan kembali bahawa Kesatuan bergerak dalam mengatasi cabaran tersebut, "kadang-kadang secara terbuka, kadang-kadang diam-diam di latar belakang ".

" Kesatuan akan memberikan sumbangan secara efektif Allah bersedia untuk Kebebasan armada II dan akan terus mengeluarkan kenyataan untuk waspada dan memperingatkan negara Islam sampai sembuh haknya di tanah para nabi, "katanya.

"Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa," lanjut Syeikh, "telah memberikan perhatian kepada semua isu utama yang dihadapi umat Islam." Berfokus pada kali pada isu teras, iaitu Palestin dan Baitulmuqaddis, tidak terganggu dengan IUMS dari situasi di Somalia, Kashmir, Iraq dan Afghanistan yang saat ini ditempati oleh AS dan masalah lain, ia menambah. - MEM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.