Video Hot & Terkini: Saat2 Penjara Pudu Diruntuhkan Jentera Berat

Korea Utara Dibelasah 7-0 oleh Amukan Portugal

Aksi penyerang Korea Utara, Jong Tae Se sebaik sahaja pemain Portugal, Duda menjaringkan gol ketujuh pada perlawanan Kumpulan G Piala Dunia antara kedua-dua pasukan di Cape Town, Afrika Selatan malam ini. Portugal membelasah korea Utara 7-0. -


Pasukan Portugal membelasah Korea Utara dengan jaringan 7-0 pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia sebentar tadi di Stadium Green Point.



Gol-gol dijaringkan oleh Raul Meireles (28'), Simão (52'), Hugo Almeida (55'), Tiago (59', 88'), Liedson (80') dan Cristiano Ronaldo (86') di hadapan 60,000 penonton.

Jumlah jaringan itu adalah yang terbanyak dalam kempen Piala Dunia setakat ini.

Korea Utara nyata bukan lawan Portugal yang mula menggasak gol pasukan Asia itu sebaik sahaja masuk babak kedua perlawanan.

Portugal: (1) Eduardo, (13) Miguel, (6) Ricardo Carvalho (2) Bruno Alves, (23) Fábio Coentrão, (19) Tiago, (8) Pedro Mendes, (16) Raul Meireles, (11) Simão, (18) Hugo Almeida,(7) Cristiano Ronaldo (C).

Korea Utara: (1) Ri Myong Guk, (2) Cha Jong Hyok, (13) Pak Chol Jin, (3) Ri Jun Il, (5) Ri Kwang Chon, (8) Ji Yun Nam, (11) Mun In Guk, (17) An Yong Hak, (4) Pak Nam Chol, (10) Hong Young Jo, (9) Jong Tae Se.

AMALAN DI BULAN REJAB

1. Bulan Rejab termasuk salah satu bulan haram yang empat. Terdapat keutamaan Rejab secara umum berdasarkan cirinya sebagai bulan haram.

2. Namun ada diriwayatkan hadis-hadis menceritakan kelebihan Rejab secara khusus. Begitu juga amalan-amalan tertentu pada bulan Rejab. Namun nampaknya kebanyakan hadis tersebut dalam daerah dhaif dan palsu.

3. Masyarakat menjadi keliru apabila para ustaz memberikan hukum yang berbeza tentang fadhilat Rejab dan amalannya. Kekeliruan ini berlaku apabila wujud sikap mengkritik tanpa adab, menyesatkan amalan orang lain dan sebagainya.

4. Apakah pedoman bagi kita masyarakat awam?

5. Pertama, sebelum beramal, sewajarnya dikaji sesuatu amalan dan dalilnya. Rujuklah kepada buku agama yang berkelayakan dan bertanya kepada beberapa orang ustaz. Ini kerana setiap ustaz/ ulama mempunyai kemampuan ilmu yang terhad. Apabila diyakini sabitnya fadhilat dan amalan dengan nas yang diterima, maka beramallah.

6. Kedua, jika belum yakin, biarlah seketika amalan tersebut. Lagipun amalan tersebut dikira dalam amalan fadhilat dan sunat, bukannya wajib dan fardhu. Juga tidaklah usah menyesatkan golongan lain yang beramal. Bincanglah dengan baik.

7. Ketiga, buatlah amalan yang pasti di bulan Rejab. Terdapat hadis fadhilat puasa bulan Rejab. Maka untuk mengelakkan kekeliruan, buatlah amalan yang pasti. Contohnya berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis, puasa hari putih iaitu 13, 14 dan 15 Rejab. Kalau dikira tidak mencukup, tambahilah lagi beberapa hari dengan niat memperbanyakkan amalan puasa.

8. Sebenarnya amalan yang pasti dalam Islam amat banyak. Tidak mampu untuk kita lakukan semuanya.

9. Ke empat, jika ijtihad kita tersalah dalam menentukan fadhilat Rejab, Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Kita sudah berusaha membaca, mengkaji dan bertanya kepada ahli ilmu.

10. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

SUMBER : Sahabat Blog

RMK10 Hanya Fokus Pembangunan Fizikal, Pembinaan Sahsiah Dipinggirkan

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) didakwa hanya memfokuskan kepada pembangunan fizikal negara dan meminggirkan soal pembinaan akhlak dan modal insan masyarakat.

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzamuddin Mohd Taib (gambar) ketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat hari ini melahirkan rasa kesal melihat tiada kesungguhan pihak kerajaan dalam merangka strategi ke arah pembinaan masyarakat bermodal insan tinggi bagi menangani kadar jenayah dalam negara.

"Statistik jenayah pada lima bulan pertama 2010 agak menggerunkan. Dengan statistik jenayah yang teruk ini apakah dengan RMK10 ini kita boleh berasa lega dengan mengenepikan aspek-aspek pembinaan akhlak ini?" soalnya.

Katanya, RMK10 juga seharusnya menumpukan penjanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang dilihat berpotensi membina masyarakat bermodal insan yang tinggi.

"Kerajaan jangan mengabaikan SAR kerana institusi pendidikan ini banyak menabur jasa kepada masyarakat. Jika kerajaan memberi peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), kita juga amat berharap kerajaan memberi peruntukan yang sama kepada SAR," tegasnya.

Turut dibangkitkan berhubung peruntukan penambahbaikan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar bagi menampung keperluan penduduk.

"Sebagai contoh, Hospital Daerah Baling menampung 200,000 penduduk tapi tidak mempunyai doktor pakar.

"Kemudahan kesihatan di luar bandar sangat minima. Bukan hanya ketiadaan doktor pakar, ambulans juga tidak cukup," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.