JAIS Serbu Syarikat Diasas Abuya

Ibu pejabat di Rawang dipercayai cuba hidupkan semula pergerakan Al-Arqam

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu ibu pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd yang diasaskan bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam, Asaari Muhammad, di Bandar Country Homes, Rawang kelmarin kerana dipercayai cuba menghidupkan semula pergerakan yang diharamkan itu.
Difahamkan, dalam serbuan jam 11.45 pagi hasil maklumat risikan, JAIS merampas pelbagai produk keluaran syarikat itu seperti buku zikir agung yang dipercayai berkaitan dengan ajaran Aurad Muhammadiah.
Sumber memberitahu Berita Harian, JAIS turut merampas dua gambar besar Asaari atau lebih dikenali sebagai ‘Abuya’ serta risalah yang cuba mengagungkan bekas pemimpin Al-Arqam itu.

“Serbuan itu susulan kepada tindakan pengikut Asaari yang mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pe-mimpin mereka cuma ghaib dan tidak mati baru-baru ini. Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan ketika serbuan dan semua pengikut Asaari memberi kerjasama baik serta tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya semalam.

Ada 18 premis di lokasi serbuan itu tetapi hanya lapan yang diperiksa dan JAIS dijangka mengadakan beberapa lagi serbuan dalam usaha menghalang cubaan menghidupkan kembali kumpulan Al-Arqam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya Asaari cuma ghaib dan akan pulang semula pada masa terdekat selepas meninggal dunia 13 Mei lalu.
Di KUALA TERENGGANU, sebuah pusat peranginan terkemuka, Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, membatalkan tempahan sebuah syarikat yang dikatakan ingin mengadakan seminar membabitkan 300 hingga 400 peserta kerana dipercayai ada kaitan dengan pertubuhan Al-Arqam selepas mendapat nasihat polis negeri ini.

Pengurus Besarnya, Abdul Shaheed Yusoff berkata, pembatalan dibuat kelmarin melalui telefon kepada sebuah ejen pelancongan dari Kuala Lumpur yang membuat tempahan bagi syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan itu.

Tanpa menyatakan nama syarikat berkenaan, beliau berkata Ri-Yaz Heritage menerima pertanyaan tempahan sebuah dewan pada 5 Jun lalu dan sehari selepas itu ejen berkenaan bersetuju menempah Dewan Cindai untuk mengadakan seminar selama tiga hari bermula semalam.

“Kami menerima tempahan seperti biasa sehinggalah pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menemui saya jam 11 pagi kelmarin di sini meminta mempertimbangkan semula tempahan ejen pelancongan terbabit.

“Dalam perjumpaan itu, polis memaklumkan syarikat yang ingin menganjurkan seminar itu dipercayai ada kaitan dengan Al-Arqam yang diharamkan. Berikutan itu saya menelefon ejen pelancongan terbabit dan memaklumkan tidak dapat memenuhi permintaan menyewa dewan,” katanya.

Video Hot: Pergaduhan Di Parlimen - Tangga Batu Kata Ada Manusia Sebut UMNO CELAKA...



TG Nik Aziz Penerima Anugerah Emas

Ustaz Hassan Syukri menerima anugerah tokoh pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim menerima anugerah tokoh muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima anugerah emas di dalam majlis perasmian muktamar tahunan bagi Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat

MP 'bergaduh' di tempat rehat Dewan Rakyat: Ada Betulll Kaa...

Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkanantara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun denganpemimpin pembangkang.

Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

Mesyuarat diganggu

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

S

ementara itu, pemimpin DAP Perak, M Kulasegaran memberitahu wartawan bahawa perbincangan mereka yang sedang berlangsung diganggu oleh dua ahli parlimen kerajaan itu.

"Parlimen adalah tempat untuk rakyat datang dan menyuarakan pendapat mereka. Rakyat sepatutnya tidak dihalang ke mari,” katanya sambil menambah kedua-dua MP Umno berkenaan tidak diundang menyertai perbincangan mereka.

MP Padang Serai N Gobalakrishnan mengesahkan perkara itu dan berkata Kulasegaran telah mendapatkan kebenaran daripada parlimen sebelum memulakan perbincangan mereka itu.

"Ini mesyuarat persendirian dan parlimen membenarkannya,” katanya.

Pemimpin Pakatan Rakyat lain yang menyertai perbincangan itu adalah MP Puchong Gobind Singh Deo, Menteri Besar Perak yang disingkirkan yang juga MP Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Sungkai Sivanesan, MP Kapar S Manickavasagam, MP Sungai Siput Xavier Jeyakumar, MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Rasah Anthony Loke.

Seorang daripada tetamu berkenaan adalah Presiden Persekutuan Pertubuhan India Malaysia yang mendakwa kekurangan biasiswa untuk pelajar bukan bumiputera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.