SUA RASA Kembali.. 4-6 Jun Di Stadium Darul Aman- Macam2 Ada : Jom Pakat2 Pi..

MB Kedah ditemubual oleh Pengacara Aziz Desa dalam rancangan Sua Rasa TV9, Nasi Lemak Kopi O

ALOR SETAR - Sua Rasa yang dibawakan khas oleh Celcom kembali ke Kedah di Stadium Darul Aman pada 4 dan 5 Jun ini.

Sua Rasa membawa makna bertemu dan berkumpul di samping mengeratkan silaturahim bersama keluarga sambil bersantai. Inilah yang ingin disampaikan oleh TV9 menerusi Sua Rasa.

Pelbagai program telah diatur bagi tatapan pengunjung selama dua hari itu. Menerusi slot Halaqah bakal diadakan pameran ‘Perjalanan Menuju Rohani’, bersama krew akademi Al-Quran 4, Tanyalah Ustaz ‘Perubahan Ufuk’ dan para pengunjung boleh menonton secara langsung rancangan Halaqah yang bertajuk ‘Merindui Allah’.

Bertepatan dengan konsep, Sua Rasa turut menyediakan program kepada kanak-kanak yang datang bersama keluarga. Antaranya adalah sesi karaoke Idola Kecil, bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan, Fimie tanya adik jawab dan sand art.

Sebagai hiburan keluarga, TV9 menyediakan program mari berlakon bersama Pasukan Gerakan Marin, misi mencari personaliti TV9 serta eksklusif bersama Bintang Idola Kecil.

Pengunjung turut berpeluang melihat dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan di gerai-gerai seperti gerai TV9, Adik di 9, penaja utama Celcom, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, orang ramai bersama keluarga berpeluang bertemu dan bergambar bersama personaliti-personaliti TV9 di samping melihat dengan lebih dekat bagaimana krew Sua Rasa menyelenggara program-program siaran langsung dan juga rakaman.

Mulai Sekarang Kita Bertindak Sekeras-Kerasnya... Kuatkan Azam Untuk Berjihad..

'Merangkak di kawasan berlumuran darah' - Ashwad

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi Isnin lalu.

Menceritakan insiden itu melalui telefon setelah dihubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata aktivis Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi mereka pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari ini.

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

************************


MP Pokok Sena berkata satu penghargaan perlu diberikan kepada seorang krew Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang berasal dari Kedah yang memberanikan diri dan terpaksa menanggung risiko dalam menyertai misi berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga Ashwad Ismail di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, di sini sambil mengadakan bacaan Yaasin memohon keselamatan semua peserta misi keamanan Selamatkan Gaza.

Kes liwat: Anwar tinjau semula kondo esok

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau semula Kondominium Desa Damansara di sini, yang tertangguh semalam, pagi esok bagi membuktikan wujudnya unsur alibi dalam kes liwat yang beliau hadapi sekarang.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair menerusi pesanan SMS kepada wartawan hari ini mengesahkan bahawa polis telah memberi pasukan pembela lampu hijau untuk melawat kondominium tersebut.

Sankara berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada polis, pasukan pembela akan mempunyai akses ke unit milik Hassanuddin pada pukul 9 pagi esok.

“Hanya tiga peguam dan pelanggan dibenarkan akses ke kondominium,” katanya.

Usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menemui kegagalan untuk meninjau kondominium itu ekoran kekeliruan berhubung unit.

Pasukan peguam bela Anwar mahu melawat unit 11-5-2 Kondominium Desa Damansara, tetapi kunci yang dibekalkan semalam adalah bagi unit 11-5-1 - tempat di mana kejadian liwat didakwa berlaku oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara Kanan Datuk Yusof Zainal Abiden berkata, perbicaraan akan disambung dengan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur dijadual memberi keterangan.

Ketiga-tiga doktor itu memeriksa Saiful pada 28 Jun selepas dia membuat laporan polis.

Pun begitu kata Sankara, rancangan mereka untuk membawa pakar forensic dari Australia pagi esok akan diteruskan.

“Kami telah mengemukakan surat kepada mahkamah hari ini untuk memaklumkan mahkamah mengenai lawatan ke kondominium,” katanya.

“Esok, jika mahkamah membenarkan, kami akan melawat kondominium pada pukul 9 pagi dan akan kembali ke mahkamah pada pukul 10 pagi untuk meneruskan perbicaraan,” kata Sankara kepada The Malaysian Insider.

Peguam itu juga berkata mahkamah akan memutuskan esok sama ada mahu memanggil Saiful untuk memberi keterangan ataupun doktor terbabit.

“Doktor-doktor akan datang ke mahkamah, dan pakar perubatan pembela juga akan berada di sana,” kata Sankara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.