Banyaknya Siti Nurhaliza Tidak Bayar Saman Mencecah RM5050



Seorang rakyat Malaysia yang bijak pandai telah menggunakan maklumat ini untuk mencari aib trafik penyanyi kesayangan ramai ini — hasilnya, 27 saman trafik.
Dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang ada, hamba Allah ini berjaya mendapatkan maklumat tentang saman trafik terhadap kereta-kereta milik Siti Nurhaliza yang berjumlah RM5,050.

Lebih menarik, individu tersebut dikatakan menyebarkan maklumat sulit ini diinternet dengan butir-butir terperinci.

Itulah nasib seorang selebriti terkenal seperti Siti Nurhaliza, segalanya mahu orang tahu. Jangan terkejut kalau satu hari nanti ada individu bocorkan laporan kesihatan Siti Nurhaliza.



Sumber

Dah Jadi UmNO Mamat Nie Rupanyer...

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas, demikian menurut laporan Umno online.com.
.
Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima borang keahlian dari Badrul Hisham, 50, dengan disaksikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Sebelum itu, Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Janda Baik.

Berikutan kemasukan beliau, BN kini ada 21 ADUN BN, termasuk 19 ADUN Umno.

Tempoh 30 Hari Musa Hassan Mesti Letak Jawatan @ Berdepan Demo

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musaberkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.


Ambilan: MalaysiaKini

Ahmad Tajuddin Desak MCA Keluar BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya.
Sumber - Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.