BN Kekal Momentum Untuk Rampas Hulu Selangor.. Tapi Kuasa Allah Siapalah Yang Tahu...

Tempoh 24 jam terakhir pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan momentumnya untuk merampas kembali kawasan itu.

Pertembungan esok dijangka sengit dengan kedua-dua pihak bersikap optimis.

Namun sumber daripada kedua-dua parti bertanding meramalkan majoriti undi bakal diperolehi muka baru, P Kamalanathan (BN) atau bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, tidak melebihi 1,000 undi.

Ramalan ini berasaskan kepada beberapa faktor antaranya kekuatan jentera BN dan PKR yang seimbang dengan masing-masing menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ketiadaan isu kukuh juga menyebabkan kenapa isu tempatan seperti masalah pemilikan tanah di kampung baru, orang asli, peneroka Felda dan masalah pampasan penduduk Sungai Buaya serta masalah kebajikan penduduk lebih popular di Hulu Selangor sebesar saiz negeri Melaka ini.

"Isu
nasional seperti Apco tidak laku di sini. Gelombang pemikiran orang Hulu Selangor tidak sampat ke tahap itu," kata seorang petugas PKR di Hulu Selangor yang enggan namanya didedahkan.

Pertembungan di Hulu Selangor juga dilihat sengit kerana faktor calonnya.

Kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing dengan Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris dilihat sebagai muka baru dalam politik manakala Zaid dilihat sebagai pemimpin politik elit dengan gaya hidup moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang yakin kemenangan akan berpihak kepada BN menggesa jentera parti bekerja lebih keras bagi memastikan majoriti 3,600 undi BN di Hulu Bernam pada 2008 tidak susut.

"Nampaknya PKR cuba pecahkan undi Melayu di Hulu Selangor, asakan bertalu-talu kita terima di Felda sejak dua hari lalu," kata Idris merujuk kepada jentera PAS yang berkempen dari rumah ke rumah di Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan yang menjadi kubu BN.

BN perlu mendapat lebih 70 peratus daripada 17,000 pengundi di Hulu Bernam jika mahu parti itu dalam keadaan selesa berdasarkan kedudukan semasa pengundi Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang cenderung kepada PKR.

Namun pemerhati politik meramalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di beberapa kawasan di Hulu Selangor akan memberikan impak kepada pengundi bukan Melayu melalui gagasan 1Malaysia.

BN juga berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak antaranya masalah pampasan tertunggak 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa, masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina di Bukit Beruntung.

Esok, seramai 63,701 pengundi biasa akan memilih wakil rakyat Hulu Selangor di 48 pusat mengundi selepas 799 anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos, sebelum ini.

Apa yang pasti, dua perhimpunan besar dijadualkan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (BN) dan Mini Stadium Kuala Kubu Baru (PKR) yang menampilkan tokoh besar daripada kedua-dua parti akan menjadi lokasi terakhir meraih sokongan pengundi sebelum kempen tamat 12 malam ini.

Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan berucap di Taman Bunga Raya, manakala Kuala Kubu Baru antara lain menyaksikan kehadiran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PM Sahkan Takkan Berdebat Dengan Anwar Malam Ini... Najib Kempen Sakan Kali nie...


HULU SELANGOR 24 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang.

Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.

"Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini Kuala Kubu Baru pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.

"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. - Bernama

H1N1: Satu Lagi Kematian (Seorang Lelaki Berumur 55Tahun)

Satu lagi kematian disebabkan jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 18 April lalu setelah mengalami masalah pernafasan dan disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza H1N1 masih aktif di dalam komuniti dan masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Sementara bagi kes kluster penyakit serupa influenza (ILI), sehingga 8 pagi ini sebanyak tujuh kes dilaporkan iaitu tiga kes di Selangor, Johor (dua kes), Terengganu (1 kes) dan Melaka (1 kes), katanya dalam kenyataan.

Di Selangor, masing-masing satu kes dilaporkan di Pusat Latihan Khidmat Negara Setia Ikhlas Semenyih, Farmasi Satelit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kediaman persendirian di Kampung Pinang, Pelabuhan Klang.

Di Johor, masing-masing satu kes dilaporkan di Sekolah Menengah Tun Hussein Onn Kluang dan Kem Tentera Mahkota di daerah itu manakala masing-masing satu kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu.

- Bernama

Kaji Selidik Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus (Zaid Mendahului - Jenuh La PM Nak Kempen Lagi)

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

NONESehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

NONEMursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

NONEPerbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan kajianyang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

pas seminar 071109 abu hassan hasbullahZentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

NONENamun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

NONEBeberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.