Suhakam: Tahanan peguam cabul hak asasi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini memutuskan bahawa penahanan lima peguam pada 7 Mei tahun lalu di balai polis Brickfields adalah satu pencabulan kepada hak asasi manusia.

Pesuruhjayanya yang juga pengerusi siasatan kes berkenaan, Muhammad Shafee Abdullah juga meletakkan kesahan itu di atas bahu dua pegawai polis yang bertanggungjawab.

Katanya, alasan polis bahawa peguam berkenaan ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis ketika memberikan khidmat guaman kepada penunjuk perasaan juga tidak dapat diterima.

Shafee berkata polis bertindak dengan mala fide ataupun niat jahat.

"Jelas sekali pencabulan hak asasi dilakukan khususnya oleh OCPD Brickfields OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (bawah, kanan) dan DSP Jude Pereira," katanya.

"Kami berpendapat bahawa dua pegawai polis kanan itu mempunyai masa yang mencukupi bagi menilai situasi yang kini menjadi tumpuan siasatan,” kata Shafee lagi.

S
iasatan yang bermula Ogos lalu itu dibantu oleh dua lagi pesurujaya - Michael Yeoh dan Denison Jayasooria.

Suhakam pada mesyuarat bulanannya Mei tahun lalu memutuskan siasatan awam dijalankan bagi menentukan sama ada penahanan lima peguam tersebut melanggar peruntukan dalam perlembagaan persekutuan.

Ia juga akan menentukan sama ada tindakan itu melanggar undang-undang yang menjamin hak peguam untuk menemui tahanan serta sama ada wujud justifikasi atau keperluan untuk menangkap peguam-peguam berkenaan.

Mereka yang ditahan pada 7 Mei tahun lalu itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan - semuanya anggota pusat bantuan guaman Majlis Peguam.

Semua mereka dibebaskan petang keesokannya.

Kita Patuh... Kalau Hampa Tak Bagi Belambak Lagi Tempat Boleh Tok Guru Ceramah Dan Kuliah.. Apa Nak Heran


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

Alhamdulillah... Kita Dah Capai Sasaran Sokongan di Felda Hulu Selangor


Tinggal dua hari lagi tarikh pengundian Ahad ini, PKR mendakwa sudah mencapai sokongan yang disasarkan dari pengundi di gugusan Felda Hulu Selangor.

Pegawai penyelaras biro Felda PKR, Suhaimi Said yang mengetuai misi khas memikat kira-kira 7,000 pengundi - kesemuanya di Hulu Bernam - berkata, pihaknya kini sudah mendapat sokongan tambahan lebih daripada 6 peratus.

"Di sini kita 'underdog'. Kebanyakan mereka masih tegar dengan BN. Tetapi sebelum ini, kita dapat 22 peratus sokongan.

"Kita cuma sasar peningkatan 5 hingga 6 peratus. Ini sudah cukup baik," katanya Ketika ditemui di karnival Felda di Felda Sungai Tengi.

Katanya, dengan tenaga 60 petugas khas dari Pahang, PKR hanya perlu terus bertemu dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi mengekalkan sokongan.

"Program-program lain seperti karnival ini cuma sampingan," katanya merujuk kepada karnival anjuran sebuah NGO Felda pro-Pakatan.

TG Nik Aziz - Kickdefella Obsesif Mahu Jatuhkan Saya...


KOTA BARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penulis blog Kickdefella seorang yang obsesif sehingga sanggup menyerang dan mengkritiknya mencapai tahap serangan peribadi.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, apa yang dilakukan penulis terbabit iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan melemparkan pelbagai dakwaan dan tuduhan karut terbabit, ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

"Itu hal dia, dia macam dah mabuk dan bercakap mengarut. Lebih suka buat serangan peribadi. Dia bukan wartawan tapi bloger yang tak masuk akal," katanya kepada pemberita di Pulau Melaka di sini.

Beliau mengulas kritikan-kritikan dalam blog berkenaan yang dilihat sebagai usaha untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar dengan pelbagai dakwaan kononnya pentadbiran kerajaan negeri kucar-kacir di bawah terajunya.

Pada 8 April lalu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Anuar Sapian menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa isu yang melibatkan menteri besar berkenaan seperti yang didedahkan blog terbabit. Anuar juga mahu SPRM mendedahkan status siasatan terhadap menantu Nik Abdul Aziz iaitu Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berkaitan tuduhan penyelewengan di dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Syed Azidi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK sebelum kontraknya ditamatkan oleh Abdul Ariffahmi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.