Gambar2 Pengebumian Jenazah Achik Selamat Disemadikan di Makam Tuan Haji Said Sebelum Zohor




SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam.

SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.

Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal. Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang
semalam.

Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata
setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta
beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.

"Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang
menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih
yang sungguh mengejutkan saya," katanya.

Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya
setelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk
mengecatnya.

"Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dan
anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.

Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau
berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.

"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu," katanya.


*****Video MPV Terbakar ******

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.

"Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang
semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudah
meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana
lihat anaknya panggil ayah," katanya.

Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan
aktif.

"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.

"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.

"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana
melalui khidmat pesanan ringkas," katanya. - Bernama

Minum arak: Menteri Dalam Negeri Minta Jangan Kaitkan UMNO

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan pembabitan Umno dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga menteri keselamatan dalam negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh Umno dalang disebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya Umno.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar Umno membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

Beliau sebelum itu menghadiri Program Bersama Rakyat di Taman Sri Cahaya, Batang Kali di Hulu Selangor yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kassim.

Semalam, Naib Presiden PKR Azmin Ali dilaporkan mencabar Umno supaya membuktikan dakwaan bahawa Zaid mempunyai tabiat buruk termasuk suka meminum arak.

Hishammuddin berkata, cabaran pembangkang itu jelas menunjukkan mereka semakin terdesak untuk meraih sokongan kepada Zaid untuk pilihan raya 25 April ini selain kegusaran mereka terhadap pendekatan BN yang semakin diterima majoriti penduduk di Hulu Selangor.

"Dunia ini bulat...apa yang dia (pembangkang) sebelum ini guna untuk tuduh kita, sekarang ini dah terbalik terkena pada muka mereka sendiri," katanya.

Hishammuddin berkata, pembangkang juga kelihatan ketandusan idea kerana berterusan menggunakan isu Apco bagi menyerang kerajaan, bukannya menerangkan pendekatan yang akan diambil bagi memajukan kawasan dan membela rakyat.

B
eliau berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai dan rakyat telah diberitahu bahawa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati tidak ada warga Israel terbabit dalam pembangunan projek Sistem Laporan Polis (PRS) di Bukit Aman seperti didakwa pembangkang.

Bagi membuktikan ketelusan, Kementerian Dalam Negeri, katanya, telah mengambil empat langkah, termasuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Katanya, beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuka kertas siasatan serta membawa perkara itu ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain mengesyorkannya untuk diteliti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Hishammuddin juag menganggap isu tersebut hanyalah mainan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat di atas kegagalan mereka membawa perubahan kepada negeri Selangor secara umum dan Hulu Selangor khasnya.

"Itu biasa, apabila mereka ketandusan perjuangan dan isu pokok yang boleh menyentuh jiwa dan sanubari rakyat seperti apa yang kita lakukan, maka mereka tak ada pilihan lain selain membuat tuduhan kepada kerajaan pusat dan menyerang peribadi pemimpin-pemimpin BN," katanya

Terdahulu, Hishammuddin menyerahkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan, sijil warganegara dan daftar lewat kelahiran kepada 15 orang penduduk.

- Bernama

BN Main Kasar - Serang Peribadi Calon PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertahankan calonnya, Datuk Zaid Ibrahim, daripada tuduhan beliau peminum arak tegar.

hulu selangor 180410 pkr daily pc fuziah latheefa tianSebaliknya, menurut Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sudah berubah selepas menyertai parti itu.

Katanya, selain sudah berubah setelah menyertai PKR, Zaid juga sudah mengerjakan haji dan adalah tidak wajar untuk mengungkit sejarah silam seseorang bagi mengaibkannya.

"Kita tidak harus menghukum beliau dalam keadaan sekarang yang sudah berubah...Barisan Nasional (BN) patut malu untuk menggunakan taktik kotor dan bukan bercakap soal peribadi seorang yang sudah berubah.

"Tuhan mana-mana pun, Tuhan Kristian ke, Tuhan Hindu ke, orang Buddha, Muslim ke...bila seseorang itu sudah bertaubat dan berubah, orang lain tidak ada hak untuk menghukum mereka, Tuhan pun tidak akan menghukum mereka," katanya di Hulu Selangor hari ini.

NONEBN mula berubah rentak dengan bertindak menyerang Zaid secara peribadi dalam ceramah mereka di Sungai Tengi, Hulu Selangor, malam semalam.

Antara mereka yang berbuat demikian ialah ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ketika ceramahnya kepada kira-kira 50 orang yang hadir.

"Datuk Zaid dah tak minum lagi"

“Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin.

"Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.

hulu selangor bn sungai tenggi ceramah 180410 ali rustam 01Mohd Ali juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol.

"Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi.

"Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya.

Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh BN.

Bagaimanapun, masyarakat Felda di kawasan itu nyata lebih arif dengan penyebaran foto-foto intim Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor, yang giat dilaporkan media pada April tahun lalu.

Ungkit gambar bogel

"Ada juga yang nak bela Elizabeth Wong, yang terlanjang bogel. Betul tak? Siapa dah tengok gambar dia?," soalnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin.

Program berkenaan jelas dilihat sebagai satu program kempen pilihan raya, namun penganjur program berkenaan mendakwa ia adalah satu program tertutup untuk jemputan khas sahaja.

SekNONEumpulan tiga lelaki yang enggan memperkenalkan diri mereka meminta Malaysiakinisupaya menghentikan rakaman ketika ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum itu.

"Saya minta untuk berhenti rakam. Datuk tak mahu rakam," kata seorang lelaki yang cuba kelihatan seperti seorang yang penting.

Krew Malaysiakini bagaimanapun bertegas untuk terus berada di lokasi tersebut, yang terletak kira-kira 70 kilometer daripada Kuala Kubu Bharu.

Malaysiakini diusir

Setelah terus didesak beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan dalam perbincangan yang berlarutan sehingga kira-kira 15 minit,Malaysiakini terpaksa menghentikan rakaman bagi mengelakkan sebarng kejadian yang tidak diingini.

Walaupun rakaman video telah dihentikan, namun kehadiranMalaysiakini terus tidak disenangi oleh pemimpin BN.

Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai pengerusi jawatankuasa kemajuan kawasan rancangan berkenaan turut mahu wartawanMalaysiakini meninggalkan kawasan tersebut.

Hadir bersama di program berkenaan ialah menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan juga pengerusi Felcra Datuk Ramli Bohani.

VIDEO | 5 min

VIDEO | 4 min

PRK Hulu Selangor : Kempen Zaid guna laman ‘Zaid Untuk Rakyat’


HULU SELANGOR, 18 April — Selain kempen secara bersemuka, calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim turut tidak ketinggalan daripada menggunakan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat untuk mendampingi pengundi-pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagi tujuan itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangunkan laman web khas www.zaiduntukrakyat.com.
Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan melancarkan talian telefon khas untuk mendampingi pengundi Hulu Selangor.

Langkah itu dilihat sebagai saluran tambahan untuk berkempen.
Zaid juga mempunyai blog beliau selain berkomunikasi dengan orang ramai menerusi twitter dari semasa ke semasa.

Semalam beliau turut berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter ketika urusan penamaan calon sedang berlangsung di Kuala Kubu Baru.
Fuziah juga berkata, PKR akan cuba untuk memujuk 15,000 pengundi Hulu Selangor yang kini tinggal di kawasan luar termasuk di Kuala Lumpur agar pulang untuk mengundi pada 25 April ini.

“Kami akan cuba untuk akses kepada menerusi panggilan telefon, SMS, surat dan juga bercakap dengan ibu bapa mereka di sini. Mereka wajar kembali Ahad ini untuk menjalankan hak demokratik mereka,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.