Keadaan Toyota Estima Achik Spin Yang Hangus

Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Km 14-7
Lebuhraya Lekas
Kajang -Seremban
berhampiran susur Pajam-Nilai
17 April, 2010



Beginilah keadaan kenderaan Toyota Estima Achik Spin yang hangus sama-sekali setelah terbabas.


Kenderaan ini terbabas melanggar ke arah kiri jalan lalu merempuh tiang papan tanda arah susur ke Persimpangan Pajam-Mantin.


Kenderaan ini kemudian terbabas menyebabkan mangsa gagal keluar
.

Achik atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, 28 tahun, maut di tempat kejadian
.

Achik merupakan vokalis utama kumpulan Spin.


Achik Spin Maut Kemalangan Ngeri, MPV Terbakar





SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Keluarga Allahyarham artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

***Al-Fatihah***

Dua Orang Kuat Samy Vellu Cedera Kena Kawat Duri Polis

KUALA LUMPUR, 17 April — Tiada kekecohan besar pada peringkat awal proses penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru dekat sini pagi ini.

Bagaimanapun dua orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu cedera apabila cuba menyelamatkan Presiden MIC itu daripada terjatuh pada kawad berduri yang dipasang oleh pasukan polis.

Sekatan kawad itu dipasang di kedua-dua laluan utama ke pusat penamaan calon.

Rombongan BN juga nyaris terlewat untuk memasuki pusat penamaan calon disebabkan banjiran ribuan penyokong mereka.

Kehadiran ribuan penyokong menyebabkan situasi tolak-menolak di kalangan mereka sehingga ada yang hampir terjatuh pada kawad berduri dipasang polis.

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R. Ganesan dan Setiausaha MIC Wilayah Persekutuan Datuk P. Panchamorthy cedera pada tapak tangan sebelah kanan dalam usaha mereka mengelak Samy Vellu daripada jatuh pada kawad yang dipasang.

Samy Vellu pula mengalami kecederaan di bahagian paha kaki kiri.

Ketiga-tiga mereka menerima rawatan sementara di ambulans yang disediakan berhampiran pusat sebelum diberikan rawatan lanjut di klinik berhampiran kemudian.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Idris Abu Bakar turut menjadi mangsa halangan berduri ini.

“Apabila rombongan penyokong BN bergerak dan menolak dari belakang, Datuk Seri Samy hampir terjatuh, dan saya sempat membantunya dengan menahan beliau menggunakan tangan dari sebelah kanan beliau manakala Datuk Ganeson dari sebelah kiri,” kata Panchamorthy ketika ditemui di luar pusat penamaan calon di Kompleks Serba Guna Sukan, Kuala Kubu Baru di sini pagi ini.

“Saya berharap pihak berkuasa keselamatan meletakkan barisan penghadang tiga lapisan sebelum meletakkan sekatan dawai dalam bentuk pisau cukur kecil ini,” katanya.

“Saya tidak cedera, cuma seluar bahagian bawah lutut terkoyak,” kata Mohd Idris ketika ditemui The Malaysian Insider.

“Ini kali pertama kawalan begitu ketat dalam pilihan raya kecil. Saya berharap mungkin boleh dilonggarkan sebab kedua-dua pasukan berada pada jarak yang jauh.

Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim pula memberitahu, oleh kerana kawalan keselamatan agar terkawal, kawad berduri sepatutnya boleh dielakkan.

“Ya, tetapi kemungkinan polis mahu mengelak keadaan lebih buruk, mungkin mereka juga ada sebab tersendiri,” kata beliau ketika ditemui.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kedua-dua BN dan Pakatan membawa sekitar 10,000.

Rombongan BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sepatutya menggunakan jalan utama bertar, dari sebelah kanan kompleks sukan, terpaksa melalui “laluan” pintas jalan tanah untuk ke pusat penamaan kira-kira 9.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan kalangan penyokong mereka.

Calon BN P. Kamalanathan berjaya memasuki pusat penamaan calon kira-kira 9.35 pagi.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapat kedatangan penyokong Pakatan Rakyat melebihi rombongan BN.

Dalam pada itu, maklumat disalurkan pusat media BN menyebut sekurang-kurangnya dua Pemuda BN tercedera di kepala apabila dibaling batu “gravel” sebesar penumbuk oleh penyokong pembangkang yang berkubu dalam Masjid Kuala Kubu Baru.

SPR: Anurad Lewat Tiba Serah Borang Pencalonan



Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon Bebas tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anurad Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal. Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anurad hendak menghantar borang. Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata: "Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal "Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya. Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan. Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah. Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis. Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan calon. Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR. Anurad selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu. Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor. Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini. Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.