Hampa Pakat Berebut La: MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan

Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.

NONEPakatan Rakyat malam ini dijadual mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat sebagai calon mereka mankala Barsian Nasional pula berjanji akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi.

Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya.

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

NONE"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

bagan pinang by-election 071009 samy vellu visit 03Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu (kiri, berdiri) awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

NONE"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.

RM77juta Setahun Bayaq kat APCO.. Banyak tue.. Awat Sampai Banyak Tu...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.

Jom Kita Pakat Rayu Undi orang Asli - Bolehkah PR Memilikinya

Dalam pergelutan menguasai Hulu Selangor, setiap undi dianggap penting, termasuk 721 undi daripada masyarakat orang Asli yang seringkali dilupakan.

Dengan hari pengundian ditetapkan pada 25 April ini, masa adalah emas.

Justeru, pihak-pihak yang bertanding mempergiatkan jentera masing-masing dengan menggempur semua kubu lawan berbekalkan bantuan baik dalam bentuk kewangan, barangan, mahupun janji-janji.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR hanya mampu meraih satu peratus undi orang Asli dan usaha kali ini untuk menembus kubu kuat BN di sana dikatakan agak sukar.

Namun strategi kali ini bagi PKR ialah untuk memenangi pengundi atas pagar.

Menurut penganalisis jika PKR mampu menawan 10 peratus daripada undi masyarakat Orang Asli ia dianggap satu kejayaan besar yang mungkin mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Ini kerana pada 2008, PKR hanya menang dengan majoriti tipis 108 undi di Hulu Selangor.

Namun kehadiran jentera BN yang menggunakan agensi seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli serta menaburkan pelbagai janji-janji projek pembangunan, menyaksikan usaha PKR itu bukan sesuatu yang mudah.

Tiada salah guna kuasa di Hulu Selangor: Tan Sri Khalid

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan BN bahawa Pakatan Rakyat menyalahgunakan jentera kerajaan negeri dengan menyelenggaran pentadbirannya di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Khalid sebaliknya berkata, perkara tersebut hanyalah “amalan standard”.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan persekutuan sama ada mereka juga menggunakan pejabat (agensi kerajaan seperti) Kemas, Rela dan Jabatan Penerangan,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Wanita BN, Datuk Hamidah Osman, semalam yang dilaporkan berkata tindakan Pakatan itu menimbulkan keraguan sikap berhubung berkecuali pegawai daerah yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil.

BN juga menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pegawai pengurus pilihan raya kecil, Nor Hisham Ahmad Dahalan.

Jumaat lalu, Khalid mengumumkan, pentadbiran kerajaan negeri akan beroperasi sementarai di Pejabat Daerah tersebut untuk membolehkan kerajaan memahahi keperluan rakyatnya.

Bercakap dalam sidang media ketika sidang DUN Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, Khalid berkata, pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kemudahaan kerajaan negeri.

“Seperti sekarang ini, saya di pejabat menteri besar di bangunan DUN, tetapi saya menjawab soalan politik. Sebagai kerajaan memerintah, kita boleh menggunakan kemudahan itu,”katanya.

Diminta membuktikan bahawa pegawai daerah Nor Hisham Ahmad Dahalan – yang juga pengarah pilihan raya negeri tidak akan memihak, Khalid hanya menjawab:

“Ini antara soalan paling pelik yang sudah lama tidak ditanya kepada saya.”

Katanya, perkara tersebut sebelum ini sering ditimbulkan oleh pembangkang, bagaimanapun, kali ini keadaan sudah berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.